Harian Metro

HARGAI PELAJAR CEMERLANG

- DARI MUKA 1

Seramai tujuh pemenang menerima anugerah dalam enam kategori dipertandi­ngkan iaitu Cheong Kuan Yu (Rutgers University), Calvin Yeoh (Stanford University) dan Siti Norhafiza

Jahaya (Arizona State University) bagi Anugerah Kecemerlan­gan Akademik.

Dr Chong Chin Heo (Texas A&M University/UiTM) bagi Anugerah Penerbitan serta Sue Ann Yong (Harvard University) bagi Anugerah Sukan dan Kebudayaan (skuasy).

Turut menerima anugerah, Mohammad Hazraf Khan (Drexel University) bagi Anugerah Keusahawan­an, Aisyah Ilani Mohd Zin (Drexel University) bagi Anugerah Kesukarela­wanan serta Persatuan Pelajar Malaysia Pennsylvan­ia State

Anugerah

Perdana Scholar 2016 di Washington

DC turut promosi buah

tempatan

University, University of Washington dan University of Tulsa bagi Anugerah Persatuan Pelajar Aktif.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementeria­n Pendidikan Tinggi, Datuk Kamel Mohamad yang hadir menyampaik­an hadiah berkata, Anugerah Perdana Scholar inisiatif murni untuk membina rasa bangga Malaysia dalam kalangan pelajar di Amerika Syarikat.

“Usaha ini perlu mendapat sokongan ramai dan disarankan lebih banyak majlis sebegini dianjurkan pada masa depan bagi mengiktira­f kecemerlan­gan pihak terbabit,” katanya.

Sementara itu,

Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Washington DC, Shaiful Mohamad bangga kerana semangat kerjasama menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) berjaya diaplikasi­kan sepenuhnya dalam penganjura­n anugerah itu.

Beliau berterima kasih kepada semua agensi terbabit iaitu Pejabat Education Malaysia Amerika Syarikat, Wisma Putra, Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani, Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), We Malaysia, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Majlis turut diserikan dengan promosi buah-buahan tempatan oleh Pejabat Atase

Pertanian, Pertanding­an Kreativiti Digital oleh Pejabat MPOC dan Pertanding­an Video Patriotik oleh We Malaysia.

- Mohd Nasif Badruddin

 ??  ??
 ??  ?? PEMENANG dan hadirin bergambar kenangan dalam Anugerah Perdana Scholar 2016.
PEMENANG dan hadirin bergambar kenangan dalam Anugerah Perdana Scholar 2016.
 ??  ?? ANTARA pemenang utama Anugerah Perdana Scholar 2016.
ANTARA pemenang utama Anugerah Perdana Scholar 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia