Harian Metro

Tak habis-habis kena tipu!

- Izlaily Nurul Ain Hussein izlaily@hmetro.com.my

„ Wanita rugi RM500,000 selepas diperdaya lelaki konon berasal dari Scotland

Seorang wanita kerugian kira-kira RM500,000 selepas terpedaya dengan lelaki warga asing dikenaliny­a menerusi laman sosial Facebook (FB) sejak September lalu yang dipercayai sindiket penipuan internet atau African Scam.

Wanita berusia 39 tahun yang menjalanka­n perniagaan sendiri itu mendakwa berkenalan dengan lelaki yang kononnya warga Scotland dan menjadi teman wanita lelaki itu walaupun tidak pernah berjumpa dan hanya mempercaya­i janji manis lelaki berkenaan.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superinten­den Noor Hashim Mohamad berkata, atas permintaan lelaki berkenaan, mangsa dikatakan ada berjumpa seorang lelaki warga Liberia yang menyamar sebagai diplomat daripada United Kingdom.

“Dalam perjumpaan itu, suspek menunjukka­n wang kertas dolar Amerika Syarikat (AS) dalam jumlah banyak yang kononnya boleh dicuci dengan sejenis bahan kimia yang mahal.

“Suspek meyakinkan mangsa dengan menunjukka­n wang kertas itu dicuci menggunaka­n bahan kimia berkenaan sebelum bertukar kepada mata wang ringgit Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, sejak daripada itu, mangsa terus diperdaya lelaki berkenaan sehingga memasukkan wang dalam beberapa akaun bagi tujuan mendapatka­n bahan kimia terbabit.

Katanya, mangsa turut dijanjikan pulangan lumayan sekiranya dapat membantu suspek membeli bahan kimia itu.

“Bagaimanap­un, mangsa menyedari diperdaya sebelum membuat laporan di Balai Polis Bukit Indah di sini, pada 6 Disember lalu,” katanya.

Menurut Noor Hashim, susulan laporan polis yang dibuat mangsa, pihaknya kemudian menjalanka­n siasatan sebelum menahan tujuh lelaki warga asing.

Beliau berkata, tujuh suspek membabitka­n warga Nigeria dan Liberia berusia antara 30 hingga 40 tahun itu ditahan pada 7 Disember lalu di beberapa lokasi di ibu negara.

“Hasil siasatan polis mendapati lima daripada suspek terbabit tidak memiliki dokumen perjalanan atau pasport sah, manakala dua lagi mempunyai pasport.

“Semua suspek itu dipercayai terbabit dalam kes berkenaan.

“Dalam serbuan berkenaan, kita juga merampas beberapa barangan antaranya 12 unit telefon bimbit, tujuh komputer riba, tiga kad ATM, 11 kad sim dan satu buku simpanan wang,” katanya.

Noor Hashim berkata, semua suspek direman sehingga 22 Disember ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana melakukan penipuan.

Pada masa sama, Noor Hashim berkata, siasatan pihaknya mendapati modus operandi sindiket ini menjalanka­n kegiatan African Scam atau Love Scam dengan memperdaya mangsa menerusi laman sosial.

“Mangsa terutama wanita diperdaya dengan kata-kata manis melalui laman sosial sehingga terpedaya dan memasukkan wang ke dalam akaun suspek.

“Semakan lanjut mendapati suspek ini juga terbabit dengan beberapa lagi kes penipuan menggunaka­n modus operandi yang sama,” katanya.

 ??  ?? TUJUH suspek yang ditahan dalam serbuan di beberapa lokasi di ibu negara.
TUJUH suspek yang ditahan dalam serbuan di beberapa lokasi di ibu negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia