Harian Metro

20 TAHUN BAHAGIA BERMADU

- Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

„ Dua wanita berkongsi kasih akrab bagaikan rakan karib

Melaka

Hubungan mereka amat akrab dan saling bantu- membantu dalam menguruska­n perniagaan kedai makan yang diberi nama ‘Den Makan Terkonang-Konang’ dan sebuah pusat karaoke di sini.

Ramai menyangka dua wanita itu adik beradik atau rakan karib dan terkejut besar apabila diberitahu hubungan Rosminah Salleh, 62, dan Khayati Mahfud, 61, sebenarnya adalah madu kerana kedua-duanya isteri kepada Jantan Osman, 65.

Lebih istimewa, mereka sudah bermadu dan hidup aman bahagia sejak 20 tahun lalu selain pernah tinggal di bawah satu bumbung selama 10 tahun.

Rosminah Salleh, 62, isteri pertama dan Khayati pula isteri kedua kepada Jantan yang lebih dikenali dengan panggilan Papa Ory dalam kalangan saudara mara serta kenalan.

Ke mana-mana saja, mereka sentiasa bertiga dan itu membuatkan ramai mengagumi keharmonia­n dan kerukunan rumah tangga keluarga berkenaan.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga sering menjadi tempat rujukan kepada rakan-rakan yang mempunyai masalah rumah tangganya yang mengamalka­n poligami.

Papa Ory berkata, saling hormat menghormat­i di samping memahami kedudukan masing-masing sebagai isteri pertama dan kedua, menjadi kunci kebahagiaa­n rumah tangga mereka.

“Sebaik saja bernikah dengan Khayati, saya berpesan kepadanya mengenai kedudukan dia sebagai isteri kedua yang menumpang kasih kerana saya sudah mempunyai isteri dan enam anak.

“Keterbukaa­n Khayati dengan keadaan ini dan menjalani kehidupan bermadu banyak membantu menjadikan keluarga kami bahagia,” katanya kepada Harian Metro.

Katanya, begitu juga dengan isteri pertama langsung tidak membantah hasratnya untuk berpoligam­i, bahkan dengan kerelaan hatinya meminang Khayati menjadi madunya.

“Saya dengan

Khayati bertemu ketika sama-sama bekerja sebagai pelakon tambahan dengan sebuah syarikat penerbitan drama. Pertemuan itu membawa bibit cinta lokasi dan saya kemudian membawanya bertemu isteri pertama bagi mendapatka­n restu,” katanya.

Menurutnya, kasih sayang terhadap isteri-isterinya dibahagi sama rata dan sehingga kini mereka masih hangat bercinta.

“Saya menggunaka­n pendekatan perbincang­an dengan isteri-isteri sekiranya ada perkara berbangkit. Saya juga tidak mahu mereka memendam rasa jika terasa hati kerana itu boleh menjadi nanah dalam rumah tangga,” katanya.

Bagi Papa Ory, setiap isterinya mempunyai kelebihan masing-masing dan itu melengkapk­an kekurangan yang ada pada dirinya.

“Perkahwina­n kedua juga banyak mengubah diri menjadi lebih baik dan bertanggun­gjawab terhadap keluarga,”katanya.

Katanya, dia sangat bersyukur dikurniaka­n isteri-isteri yang disifatkan tidak banyak karenah malah mempunyai sifat keibuan tinggi.

“Walaupun perkahwina­n dengan isteri kedua tidak dikurniaka­n anak, Khayati menyayangi anak tiri seperti anak kandungnya.

“Hubungan Khayati dengan anak-anak sangat mesra tanpa ada jurang. Anak-anak panggil ibu tiri mereka, Mak Uda,” katanya.

Menurutnya, dia berharap rumah tangga yang dibina itu akan berkekalan dan hanya maut memisahkan mereka.

 ??  ?? ROSMINAH (kanan) membantu Khayati mengenakan tudungnya. JANTAN (tengah) dilayan oleh
kedua-dua isterinya Rosminah (kanan) dan Khayati yang menjalani kehidupan bermadu selama
20 tahun di Ayer Keroh.
ROSMINAH (kanan) membantu Khayati mengenakan tudungnya. JANTAN (tengah) dilayan oleh kedua-dua isterinya Rosminah (kanan) dan Khayati yang menjalani kehidupan bermadu selama 20 tahun di Ayer Keroh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia