Harian Metro

Tak kisah suami nak berkahwin empat

-

Melaka : “Saya tidak kisah jika suami mahu mencukupka­n kuota berkahwin empat, malah dengan rela hati mengizinka­nnya.

“Saya juga sanggup meminang bakal madu ketiga dan keempat, asalkan mereka ikhlas menyayangi suami,” demikian pengakuan isteri pertama kepada Jantan Osman, Rosminah Salleh, 62.

Ibu kepada enam orang anak itu berkata, dia tidak melenting apabila suaminya menyatakan keinginann­ya mahu berkahwin kali kedua walaupun sebelum itu 19 tahun memiliki suaminya secara mutlak tanpa perkongsia­n.

“Selepas suami bernikah dengan madu Khayati Mahfud, 61, dia (suami) membawa Khayati tinggal bersama dengan saya di Cheng, di sini selama 10 tahun dan dalam tempoh itu dapat mengenali hati madu dengan lebih mendalam.

“Saya tidak berasa kekok dengan kehadiran madu dalam hidup saya, malahan kami serasi selain mempunyai minat yang sama dalam seni,” katanya kepada Harian Metro.

Katanya, sebab itu mereka tidak mempunyai masalah untuk bersama-sama membantu suami menguruska­n dua kedai makan dan karaoke di Durian Tunggal dan Ayer Keroh.

“Saya mengambil peranan sebagai tukang masak manakala madu mula sebagai juruhebah di kedai makan kami.

“Melihat kepada kemesraan di antara kami, membuatkan ramai terkejut apabila mengetahui kami bermadu,” katanya membahasak­an diri kakak kepada madunya.

Katanya, tiada istilah cemburu dengan madunya kerana dia tidak pernah meragui suaminya yang membahagik­an kasih sayang secara adil.

“Saya juga bukan seorang yang tamak kasih sayang, lebih-lebih lagi madu sebelum ini adalah ibu tunggal dan sudah tentu dia memerlukan kasih sayang daripada seorang suami.

“Jika ada sebarang masalah, kami ambil pendekatan berbincang dari hati ke hati. Kami tidak mahu simpan perasan dalam hati kerana ia boleh menjadi barah yang akan merosakkan rumah tangga,” katanya.

 ?? Rosminah Salleh ?? Saya tidak berasa kekok dengan kehadiran madu dalam hidup saya, malahan kami serasi selain mempunyai minat yang sama dalam seni”
Rosminah Salleh Saya tidak berasa kekok dengan kehadiran madu dalam hidup saya, malahan kami serasi selain mempunyai minat yang sama dalam seni”
 ?? Rosminah Salleh ?? Selepas suami bernikah dengan madu Khayati Mahfud, 61, dia (suami) membawa Khayati tinggal bersama dengan saya di Cheng, di sini selama 10 tahun dan dalam tempoh itu dapat mengenali hati madu dengan lebih mendalam”
Rosminah Salleh Selepas suami bernikah dengan madu Khayati Mahfud, 61, dia (suami) membawa Khayati tinggal bersama dengan saya di Cheng, di sini selama 10 tahun dan dalam tempoh itu dapat mengenali hati madu dengan lebih mendalam”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia