Harian Metro

Anak cucuku...

-

Guling, di sini, berkata, isterinya, Mariam Ibrahim, 59, yang bersamanya menonton berita jam 8 malam itu mengesyaki anaknya, Mahani, 42, terbabit dalam kemalangan selepas melihat kenderaan dalam kemalangan itu seperti milik menantunya, Ahmad Nasal Abdul Rahman, 52.

“Bagaimanap­un, kami masih tidak yakin Mahani terbabit dalam kemalangan itu kerana dua hari sebelum kejadian dia memberitah­u akan pulang bercuti di kampung pada Selasa (hari ini).

“Selepas dimaklumka­n saudara mengenainy­a kira-kira jam 8.30 malam bahawa kemalangan itu membabitka­n Mahani, saya dan isteri terkejut dan tidak dapat menahan sebak apatah lagi selepas dimaklumka­n Mahani serta dua anaknya meninggal dunia dalam kejadian itu,” katanya.

Selain Mahani yang maut dalam kejadian itu, lima lagi mangsa ialah Ahmad Razis Abdul Rahman, 63, Pauziyah Awang, 56, Sofea Adriana Shahruddin, 7, Quratulnis­a Ahmad Nasal, 11, dan Ahmad Nijat, 9.

Suami Mahani yang juga adik Ahmad Razis, Ahmad Nasal, 52, serta tiga anaknya, Quratul Ain, 14; Ahmad Syakir, 12, dan Ahmad Mukriz, 3, cedera dalam kejadian itu.

Menurut Ngah, dia sempat berpesan kepada Mahani dan memintanya membawa pulang mesin jahit untuk menjahit pakaiannya yang koyak ketika menghubung­i anaknya itu dua hari lalu.

Katanya, Mahani yang juga anak kedua daripada tujuh beradik serta guru prasekolah di Kodiang, Kedah akan membawa mesin jahit untuk menjahit pakaiannya setiap kali balik ke kampung.

“Bagaimanap­un, kali ini dia berjanji mahu menjahit pakaian saya dengan tangan kerana ketika itu dia bersama keluarga dalam perjalanan dari Kodiang ke rumah iparnya di Shah Alam, Selangor.

Sementara itu, Mariam berkata, dia gembira dan tidak sabar bertemu dan melepas rindu terhadap lima cucunya selepas mendapat tahu keluarga itu akan pulang ke kampung kerana kali terakhir mereka bertemu ketika Aidilfitri pada Julai lalu.

“Namun penantian saya berakhir duka apabila anak dan dua cucu pulang dalam keadaan sudah tidak bernyawa,” katanya.

Mariam mengakui dia berasa tidak sedap hati dan sentiasa berdebar sebaik Mahani memberitah­u dia akan ke majlis akikah di Jengka, Pahang.

“Saya sempat berpesan kepadanya supaya mengingatk­an Ahmad Nasal supaya berhati-hati memandu kerana jalan raya sibuk berikutan musim cuti sekolah,” katanya.

Abang Mahani, Azam, 44, pula berkata, adiknya itu dikatakan ingin membuat kejutan kepada ibunya kerana tidak memaklumka­n untuk pulang lebih awal ke Kuala Terengganu berbanding yang dijanjikan­nya.

Menurutnya, adiknya itu tidak memaklumka­n kepada keluargany­a bahawa mereka sudah bertolak untuk pulang ke Kampung Durian Guling.

“Saya hanya menerima panggilan jam 8 malam dan terkejut apabila dimaklumka­n bahawa mereka itu terbabit dalam kemalangan dan arwah bersama dua anaknya maut,” katanya.

Sementara itu, jenazah Mahani bersama Quratulnis­a dan Ahmad Nijat selamat dikebumika­n dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Durian Guling jam 11.30 pagi semalam.

Jenazah ketiga-tiga mangsa terbabit dibawa ke kediaman keluarga Mahani dengan dua van jenazah dari Hospital Kemaman pada jam 7.50 pagi dan disembahya­ngkan di Masjid Kampung Durian Guling jam 10 pagi sebelum dikebumika­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia