Harian Metro

SELAMAT BERANGKAT TUANKU!

- Mohd Nasif Badruddin dan Siti A’isyah Sukaimi am@hmetro.com.my

„ Tuanku Abdul Halim selamat berangkat ke Alor Setar selepas istiadat penuh tradisi

Kuala Lumpur

Istiadat Keberangka­tan Balik Yang di-Pertuan Agong ke-14 Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berjalan lancar penuh tradisi biarpun hujan lebat di ibu negara awal pagi semalam.

Tuanku Abdul Halim yang ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua pada 11 April 2012 berangkat meninggalk­an Istana Negara bersama Tuanku Hajah Haminah dalam acara ringkas, namun penuh istiadat diraja jam 8.20 pagi.

Baginda berdua melintasi pasukan kawalan kehormat darjat daripada Unit I Rejimen Renjer Diraja (RRD) yang turut mempersemb­ahkan Hormat Diraja disusuli lagu Negaraku mengiringi keberangka­tan pasangan diraja ke Dataran Parlimen bagi istiadat rasmi.

Ketibaan Seri Paduka berdua di Dataran Parlimen diiringi tiupan nafiri oleh 14 anggota Pasukan Istiadat Diraja Tentera Darat dan disambut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak serta isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Baginda berdua diiring ke Pentas Diraja, melintasi pasukan kawalan bertombak diikuti persembaha­n Hormat Diraja oleh pasukan Kawalan Kehormat Utama disusuli lagu Negaraku oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dengan iringan 21 das tembakan meriam.

Tuanku Abdul Halim kemudian memeriksa barisan Kawalan Kehormat Utama terdiri daripada 103 anggota

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia