Harian Metro

Tarik keluar sungai

- Amir Hamzah Nordin am@hmetro.com.my

„ Dua kenderaan ditenggela­mi air di pinggir Sungai Tembeling dibawa naik

Dua kenderaan yang tenggelam di pinggir Sungai Tembeling dekat kawasan restoran terapung Kuala Tahan, di sini, kelmarin sudah ditarik keluar pagi semalam selepas paras air sungai berkenaan surut.

Kenderaan itu adalah milik syarikat sewa kenderaan di Kuala Lumpur yang disewa pelancong dari Jerman untuk ke Taman Negara di sini.

Manakala, van itu adalah milik pengusaha syarikat pelanconga­n di bandar ini yang mengalami kerosakan enjin dan diletakkan di kawasan itu.

Pegawai Komunikasi Hotel Mutiara, di sini, Sabri Abdullah berkata, kejadian paras air naik secara mendadak di kawasan Kuala Tahan dan sekitarnya pada musim hujan terutama bulan ini adalah perkara biasa.

“Air naik secara mendadak memang selalu berlaku dan ia tidak dijangka kerana hujan lebat berterusan di kawasan hulu akan menenggela­mkan kawasan khususnya tebing sungai.

“Pengunjung

domestik dan luar dinasihatk­an tidak meletakkan kenderaan di tebing sungai berdekatan restoran terapung bagi menjamin keselamata­n dan tidak ditenggela­mi air terutama pada musim tengkujuh ini,” katanya, di sini, semalam.

Sementara itu, penduduk Kuala Tahan Zamri Mat Amin, 45, berkata ketika ini paras air sungai berkenaan mulai surut namun cuaca masih mendung.

“Lazimnya, bulan ini memang musim tengkujuh, tetapi ketika ini kita tidak boleh menjangka paras air seperti berlaku awal pagi Ahad lalu,” katanya.

 ??  ?? LOKASI dua kenderaan ditenggela­mi air sungai yang naik mendadak berikutan hujan lebat berterusan.
LOKASI dua kenderaan ditenggela­mi air sungai yang naik mendadak berikutan hujan lebat berterusan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia