Harian Metro

MISTIK ‘ISIM’

-

penari yang mempunyai ‘isim’ dirasuk atau lebih tepatnya ‘naik syeh.’ Jika tiada ‘isim’ seseorang itu tidak akan ‘naik syeh’ dan jika ada sekali pun ia bukanlah dari semangat kuda.

“Persembaha­n akan berlarutan dua hingga tiga jam dan adakalanya sampai awal pagi. Ada yang minta jarum, kelapa, kaca, bunga kenanga, minyak atar, mentol kalimantan­g, paku, limau ataupun telur untuk dimakan,”katanya.

Ditanya secara terperinci sejauh mana penggunaan mantera diamalkan pengamal kuda kepang, menurutnya, mantera zaman dulu kebanyakan dalam Bahasa Jawa kini

sudah diubah dalam Bahasa Melayu.

“Manakala, kemenyan harus dibakar sebelum semasa dan selepas persembaha­n,”katanya.

Menurut pengamal ini, setiap kumpulan kuda kepang mempunyai ayat mantera yang berlainan bergantung pada ‘guru’ masing-masing dan sebab itulah jika dirasuk, hanya kumpulan itu saja boleh membuang ‘isim’ berkenaan.

Ditanya berhubung kebarangka­lian penonton dirasuk atau diganggu, menurutnya, ia boleh berlaku sekiranya gelanggang berkenaan bocor atau ditembusi pihak tertentu.

“Jika tembus, maka ada anasir-anasir lain yang memasuki gelanggang. Sebab itu juga ada berlaku perkara tidak diingini termasuk penampakaa­n benda halus lain dan penari yang dirasuk tidak boleh pulihkan. Namun ia jarang berlaku dan jika ada mungkin dilakukan oleh sesetengah pihak yang cuba menguji kekuatan mereka untuk menembusi gelanggang,”katanya.

Menurutnya, kebarangka­lian untuk penonton dirasuk atau dimasuki ‘isim’ kuda kepang sangat rendah kerana semangat itu hanya berlegar di gelanggang dan ketika persembaha­n saja.

“Jika ia dirasuk oleh ‘isim’ kuda kepang, perlakuann­ya akan menyamai jenis tarian kuda kepang seperti monyet, harimau, merak, ular, helang atau kuda. Namun jika dia menjerit seperti histeria, ia bukan disebabkan persembaha­n ‘isim’ kuda kepang,”katanya.

Menurutnya, biarpun di daerah Batu Pahat terdapat banyak kumpulan yang masih menghidupk­an kesenian itu, ia tidak semeriah dulu.

“Lebih mencabar apabila kami berdepan persepsi orang ramai yang melihat amalan kebatinan kuda kepang adalah amalan syirik dan khurafat kerana di dalamnya ada banyak mantera dan perhubunga­n dengan alam ghaib,”katanya.

Difahamkan, tarian kuda kepang tradisiona­l yang mempunyai unsur pemujaan dan kerasukan sudah difatwakan sebagai haram oleh Jawatankua­sa Fatwa Johor yang bersidang pada 18 Februari 2009.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia