Harian Metro

Teruja pengantin termuda

- Hamzah Osman am@hmetro.com.my

„ Mempelai 15 tahun seronok dirai dalam Walimatul urus Perdana bersama 7 pasangan lain

Melangsung­kan perkahwina­n secara beramai-ramai pada Walimatul urus Perdana anjuran Jawatankua­sa Kariah Masjid Al-Ehsan, Kampung Temonyong, di sini, semalam, menjadi kenangan terindah buat sepasang pengantin muda masing-masing berusia 15 hingga 18 tahun selepas mendapat restu kedua-dua keluarga.

Pasangan itu, Muhammad Aidilfitri Abd Halim, 18, dan Siti Nurfitrah Mofftar, 15, diraikan bersama tujuh pasangan lain, Mohamad Yusri Zan, 20, dan Siti Syazwani Sa’adat, 20; Mohamad Azizan Bahari, 24, dan Noor Hamizah Halim, 24, serta Mohd Nasrun Afendi Ali, 24, dan Siti Aishah Marjani, 18.

Turut melangsung­kan perkahwina­n ialah Mohd Khairol Suberi, 28, dan Nur Ika Natasya Ahmad, 23; Muhamad Shah Yahaya, 35, dan Norhashiki­n Hassan, 27; Muhammad Shafiq Abdul Karim, 24, dan Nur Hasliza Rosli, 24, serta Roslan Bahari, 34, dan Sharifah Hasnor Mat Rejab, 35.

Muhammad Aidilfitri berkata, dia dan isterinya, Siti Nurfitrah teruja apabila perkahwina­n mereka diraikan bersama tujuh pasangan lain sekali gus memberi kenangan berharga dalam hidup mereka.

“Penyertaan kami dalam majlis ini pula diatur oleh keluarga sebelah isteri dan saya mengikut saja, lagi pun ia boleh memberikan kenangan manis dalam hidup kami,” katanya.

Siti Nurfitrah turut mengakui teruja apabila menjadi pasangan paling muda pada majlis perkahwina­n beramai-ramai itu yang berlangsun­g meriah selain pertama kali diadakan di kampung terbabit.

“Proses akad nikah dan kenduri anjuran masjid secara besar-besaran ini berjalan lancar dan tidak sangka pula kami menjadi pasangan paling muda,” katanya yang berhasrat bekerja dalam bidang perhotelan seperti suaminya dalam tempoh terdekat.

Sementara itu, imam Masjid Al-Ehsan Mohd Shazuri Saad berkata, idea mengadakan majlis terbabit dicetuskan ahli jawatankua­sa masjid bagi meringanka­n perbelanja­an perkahwina­n anak kariah selain merapatkan silaturahi­m penduduk setempat.

Terdahulu, lapan pasangan mempelai itu disambut meriah sejurus tiba di pekarangan masjid pada jam 12 tengah hari dengan diiringi konvoi 20 motosikal berkuasa tinggi dan paluan kompang serta tepukan gemuruh kira-kira 500 tetamu.

 ??  ?? LAPAN pasangan pengantin yang menyertai Walimatul urus Perdana anjuran Jawatankua­sa Kariah Masjid Al-Ehsan Kampung Temonyong, Langkawi. Muhammad Aidilfitri dan Siti Nurfitrah dalam bulatan.
LAPAN pasangan pengantin yang menyertai Walimatul urus Perdana anjuran Jawatankua­sa Kariah Masjid Al-Ehsan Kampung Temonyong, Langkawi. Muhammad Aidilfitri dan Siti Nurfitrah dalam bulatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia