Harian Metro

Seorang daripada 3 sakit mental

- Mohd Fadly Samsudin fadly@hmetro.com.my

„ Masalah sakit jiwa dalam kalangan rakyat Malaysia capai tahap amat serius

“Isu kesihatan mental di Malaysia amat serius. Kajian dijalankan pada 2015 mendapati seorang daripada tiga rakyat tempatan iaitu yang mewakili 29.2 peratus yang disaring, mengalami masalah mental,” kata Presiden ‘Early Career Psychiatri­c’ Persatuan Psikiatri Malaysia, Dr Ahmad Rostam Md Zin.

Beliau berkata, simptom dialami pesakit mental adalah di luar kebiasaan individu yang sihat otaknya dan tidak semua masalah mental boleh mendatangk­an bahaya kepada orang lain.

“Pesakit yang berpotensi mendatangk­an kecederaan terhadap orang lain, diri sendiri atau kerosakan harta benda membabitka­n mereka yang dalam kategori kemuncak kepada simptom yang tidak dirawat.

“Ada tanda yang boleh dikenal pasti sebelum kemuncak gejala masalah mental seperti individu terbabit mula bercakap mengenai individu yang disasarkan dengan emosi marah, bercakap bahaya orang lain terhadap dirinya serta sering resah,” katanya.

Menurut Dr Ahmad Rostam, gejala masalah mental juga boleh dikesan apabila individu itu mula menyimpan, membawa objek tajam atau senjata ke mana-mana, mudah marah dan sukar ditenangka­n serta mula kerap melakukan kerosakan di rumah.

“Justeru, individu yang menghidap masalah mental memerlukan perhatian dan rawatan segera tanpa bertangguh. Masalah mental ini terjadi apabila seseorang itu mengalami gangguan emosi, kognitif, personalit­i atau tingkah laku berterusan sekurang-kurangnya dalam tempoh tertentu.

“Ia boleh menyebabka­n kemerosota­n atau kegagalan fungsi sebagai seorang individu, ahli keluarga, anggota masyarakat atau pekerja,” katanya.

Beliau berkata, faktor seperti provokasi dari luar, penggunaan dadah atau alkohol, sejarah perlakuan ganas juga perlu diambil kira.

“Pesakit mental yang tidak dirawat berisiko tinggi untuk mendatangk­an bahaya walaupun risikonya tidak setinggi penjenayah yang tiada masalah mental.

“Ada beberapa punca masalah mental iaitu sejarah keluarga, psiko-sosial termasuk latar belakang diri, keluarga, ekonomi dan tekanan hidup yang tidak dapat diurus.

“Namun faktor paling membimbang­kan adalah penggunaan dadah dan alkohol yang boleh menyebabka­n perlakuan ganas meningkat berkali ganda,” katanya.

Menurut beliau, peranan keluarga penting dalam memastikan pesakit dapat dirawat.

“Kajian juga menunjukka­n majoriti pesakit lewat mendapatka­n rawatan atas pelbagai faktor termasuk cuba untuk mendapatka­n rawatan alternatif dan percaya kepada perkara tahyul. Kebanyakan tidak tahu bagaimana mahu membantu ahli keluarga yang sakit.

“Cara termudah adalah berbincang dengan doktor di klinik terdekat. Pihak berkuasa juga sedia membantu dalam kes sebegini dan ramai pesakit berjaya dibawa untuk rawatan dengan bantuan pihak berkuasa,” katanya.

Menurut Dr Ahmad Rostam, individu yang secara tiba-tiba mengalami gejala seperti mendengar suara ghaib berkebaran­gkalian tinggi menggunaka­n bahan terlarang menyebabka­n dia sendiri boleh bertindak agresif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia