Harian Metro

Sempat sambut hari lahir anak

- Syazwan Msar am@hmetro.com.my

Isteri bekas Timbalan Pengarang Harian Metro Ali Mansor Aman meninggal dunia kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam akibat komplikasi buah pinggang yang dihadapiny­a sejak beberapa tahun lalu.

Allahyarha­mah Sabariah Abdullah disahkan meninggal dunia pada usia 68 tahun selepas dua hari dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berikutan secara tiba-tiba pengsan di rumahnya di Kelana Jaya, Selangor. Menurut Ali Mansor, isterinya yang juga bekas kakitangan The News Straits Times

„ Isteri bekas Timbalan Pengarang HM meninggal dunia

Press (M) Bhd (NSTP) menghidap masalah buah pinggang sejak dua tahun lalu, namun penyakit itu semakin kronik sejak beberapa hari lalu.

“Sebelum ini, arwah ada menjalani rawatan pintasan jantung dan keadaan kesihatann­ya beransur pulih, malah tidak menunjukka­n sebarang tanda arwah sakit.

“Namun, petang Sabtu lalu arwah ada mengadu sakit di bahagian pinggang sebelum ahli keluarga menghubung­i ambulans untuk dibawa ke PPUM untuk rawatan lanjut,” katanya, ketika ditemui, di sini.

Katanya, hasil perkongsia­n hidup bersama Allahyarha­mah, mereka dikurniaka­n tiga anak perempuan yang kini berusia 31 hingga 35 tahun dan seorang cucu berusia satu tahun.

Jenazah Allahyarha­mah disembahya­ngkan di Masjid Nurul Yaqin, Kelana Jaya sebelum dikebumika­n di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, di sini, kira-kira jam 6 petang semalam.

Anak bongsu Allahyarha­mah, Alia Ali Mansor, 31, berkata, makan malam bersama seluruh keluarga pada 27 November lalu menjadi kenangan terindah bersama ibu yang meraikan hari lahirnya yang ke-31.

“Kami sekeluarga bersama untuk meraikan hari lahir saya yang jatuh pada 28 November dan itu adalah kali terakhir kami makan bersama ibu sebelum ibu menghembus­kan nafas terakhirny­a hari ini (semalam).

“Arwah tidaklah menunjukka­n sebarang tanda sakit, malah pergi secara tiba-tiba dan menghembus­kan nafas terakhir di depan semua ahli keluargany­a,” katanya, ketika ditemui, di sini.

 ?? Alia Ali Mansor ?? AHLI keluarga memberikan penghormat­an terakhir kepada jenazah. Kami sekeluarga bersama untuk meraikan hari lahir saya yang jatuh pada 28 November dan itu adalah kali terakhir kami makan bersama ibu”
Alia Ali Mansor AHLI keluarga memberikan penghormat­an terakhir kepada jenazah. Kami sekeluarga bersama untuk meraikan hari lahir saya yang jatuh pada 28 November dan itu adalah kali terakhir kami makan bersama ibu”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia