Harian Metro

Tak putus-putus berzikir

-

Dungun: Warga emas yang maut dalam kemalangan di Jalan Kampung Batu Tiong-Kampung Baru Kuala Abang, di sini, semalam, dikatakan tidak putus berzikir sejak sebulan lalu seolah-olah tahu akan pergi buat selama-lamanya.

Mek Teh Awang, 71, isteri kepada Abdullah Embong, 71, yang meninggal dunia dalam kemalangan itu berkata, dia juga sempat melihat suaminya itu asyik berzikir selepas solat Subuh pagi semalam.

“Selepas solat Subuh pagi tadi (semalam), arwah asyik berzikir sebelum keluar membeli sarapan pagi. Saya sempat melihat mesin zikir elektronik­nya menunjukka­n bacaan sebanyak 12,000 kali,” katanya.

Abdullah dari Kampung Batu Tiong maut selepas motosikal jenis Modenas Elegan ditunggang bertembung dengan sebuah motosikal Honda Cup ditunggang Mohd Zaki Ibrahim, 23, dalam kejadian jam 8.15 pagi.

Berikutan pertembung­an itu, Abdullah dan Mohd Zaki yang berasal dari Kampung Pulau Serai maut di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Mek Teh berkata, arwah suaminya bekerja sebagai tukang urut sejak 30 tahun lalu itu ketika kejadian dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli sarapan di Kampung Baru Kuala Abang.

Menurutnya, suaminya pernah memberitah­u kepadanya untuk menurunkan ilmu mengurut kepada seorang cucu mereka, Muhammad Nazrul Saliman, 19, yang tinggal bersamanya.

“Hasrat arwah itu tidak menjadi kenyataan selepas dia pergi meninggalk­an saya buat selama-lamanya,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya, dia juga tidak dapat melelapkan mata awal pagi semalam kerana beberapa kali bermimpi seolah-olah ditarik dan dipusing oleh seseorang.

Katanya, dia tidak menyangka mimpi itu membawa petanda suaminya akan terbabit dalam kemalangan hingga meragut nyawanya.

Sementara itu, ibu kepada Mohd Zaki, Zaharah Abdullah,53, berkatam beberapa hari lalu dia bermimpi giginya tercabut dan sebagaiman­a firasat orang tua akan berlaku kematian kepada keluarga terdekat.

“Sejak itu saya tertanya-tanya siapa saudara saya yang akan meninggal dan tidak sangka ia berlaku kepada Mohd Zaki iaitu anak ketiga daripada lima beradik itu,” katanya.

Ketua Polis daerah Superinten­dan Ahmad Zailani Yaacub berkata, jenazah kedua-dua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut sebelum diserah kepada keluarga masing-masing untuk dikebumika­n.

 ??  ?? ANGGOTA penyelamat mengangkat mayat mangsa kemalangan.
ANGGOTA penyelamat mengangkat mayat mangsa kemalangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia