Harian Metro

BAGAI DILINDUNGI MALAIKAT

-

diri,” katanya.

Dia berkata, kemusnahan turut berlaku pada bangunan asrama, surau pelajar wanita selain kubah Masjid Raya Poeteumeur­euhom di sini, yang terhempas dari ketinggian lebih 20 meter.

“Kami masih berdukacit­a atas bencana menimpa pusat pendidikan ini dibina oleh ulama terkenal Syeikh Fakeh Abdul Ghani. Bangunan utama pusat pengajian pondok ini perlu dibersihka­n sebelum bangunan baru dibina semula.

“Ia akan membabitka­n kos yang tinggi apatah lagi pusat pengajian ini beroperasi atas sumbangan dermawan dan pihak yang mahu membantu menaikkan syiar Islam,” katanya.

Sementara itu, seorang penuntut pusat itu, Malikul Adli Ismail, 23, berkata, seramai lebih 100 penuntut yang membaca al-Quran dan berehat di ruang tengah masjid terselamat dalam kejadian runtuhan kubah itu.

“Mereka seolah-olah dibantu malaikat berikutan tiada seorang pun yang cedera dan sempat melarikan diri sejurus menyedari ancaman gempa yang berlaku,” katanya.

Difahamkan gempa bumi yang berlaku Rabu lalu turut meranapkan lebih 10 sekolah dan pusat pengajian Islam.

Kesedihan sama turut disuarakan pemimpin MUDI Mesra Samalanga, Hasanoel Basary apabila hampir 4,000 penuntutny­a masih trauma dan menginap sementara di dewan kuliah.

Menurutnya, penuntut pusat pendidikan agama itu tidak berani terus tinggal di asrama lima tingkat disediakan berikutan gempa susulan masih terus berlaku.

„ Lebih 100 pelajar terselamat kubah runtuh ketika baca al-Quran

 ??  ?? PELAJAR melihat salah sebuah bangunan madrasah MUDI yang musnah akibat bencana gempa bumi di Samalangka­b, Bireuen, Aceh.
PELAJAR melihat salah sebuah bangunan madrasah MUDI yang musnah akibat bencana gempa bumi di Samalangka­b, Bireuen, Aceh.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia