Harian Metro

‘Hanya Allah saja mampu balas budi’

-

Lumpur: “Hanya Allah saja yang mampu membalas budi rakyat Malaysia terutama pengasas Sahabat Uwais kerana banyak membantu kami dari segi kewangan dan sokongan moral.

“Saya amat terharu walaupun anak kami sudah tiada, Sahabat Uwais masih lagi berusaha membantu kami mencari dana bagi menjelaska­n bil rawatan hospital yang masih tertunggak,” kata Mohd Imran Abdullah, 28, bapa kepada Nur Aisyah yang meninggal dunia pada 16 Oktober lalu akibat pelbagai komplikasi jantung dan paru-paru.

Mohd Imran berkata, bantuan dihulurkan Pertubuhan Kebajikan Sahabat Uwais (Sahabat Uwais) mencari dana meringanka­n beban mereka berikutan pendapatan dia dan isterinya sebagai penjawat awam tidak mencukupi untuk menyediaka­n kos pembedahan dan bayaran bil hospital swasta yang mencecah ratusan ribu.

“Anak kami mengalami jantung berlubang dan masalah injap selain paru-paru kiri tidak berfungsi dan perlu dibedah segera dengan kos sebanyak RM90,000 untuk dua kali pembedahan.

“Tetapi kami tiada wang sebanyak itu sehinggala­h kami bertemu dengan pengasas Sahabat Uwais Mohamad Sayuti Wan Chik sebelum mereka melancarka­n kutipan dana di Facebook untuk meminta bantuan orang ramai.

“Alhamdulil­lah anak kami sempat menjalani pembedahan itu selepas dana diperlukan mencukupi tetapi nyawanya tidak panjang, dia meninggal dunia pada usianya tiga bulan ketika mendapatka­n rawatan dan kami perlu menjelaska­n bil rawatannya RM131,000 tetapi berjaya dilangsaik­an menerusi kempen kutipan dana Sahabat Uwais,” katanya.

Sementara itu, Siti Khadijah Mohamad Ishak berusia setahun empat bulan yang menghidap masalah jantung dan paru-paru juga antara bayi yang dibantu Sahabat Uwais kini semakin sembuh selepas menjalani pembedahan.

Menurut ibunya Faridah Shafie, 31, dia lega anak keempatnya itu semakin pulih dan hidup normal seperti bayi lain dengan kempen mencari dana yang diusahakan oleh Sahabat Uwais.

 ??  ?? MOHAMAD Sayuti memangku jenazah anaknya yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung. Gambar kecil, ketika Muhammad Uwais dirawat di hospital.
MOHAMAD Sayuti memangku jenazah anaknya yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung. Gambar kecil, ketika Muhammad Uwais dirawat di hospital.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia