Harian Metro

‘Beri kami kata putus’

- Ramli Ibrahim am@hmetro.com.my

„ Orang Asli bina semula 3 sekatan jika tuntutan tidak tertunai

Masyarakat Orang Asli di Hutan Simpan Balah, di sini, sedia berundur dan meroboh sendiri sekatan yang baru dibina jika tuntutan tanah adat mereka ditunaikan kerajaan negeri.

Mereka mendakwa, selagi tidak ada kata putus daripada kerajaan negeri berhubung perkara itu, mereka tetap meneruskan pembinaan semula tiga sekatan seperti sebelum ini.

Penduduk, Alak Asu, 33, berkata, tindakan penduduk kaum mendirikan semula bangsal dan sekatan itu bukan hendak mencabar undang-undang sebaliknya mahu menuntut hak mereka terhadap tanah adat.

“Penduduk tidak akan berputus asa mempertaha­nkan kawasan terbabit jika hak kaum itu terus dinafikan kerajaan negeri.

“Kita tak serik walaupun berdepan dengan tindakan undang-undang dan tetap berpendiri­an membuat tuntutan itu hingga berjaya,” katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan Jabatan Perhutanan Kelantan meroboh tiga sekatan haram di kawasan Hutan Simpan Balah pada 29 November dan menahan 54 Orang Asli kerana melakukan kesalahan mengikut Akta Perhutanan Negara 1984.

Selepas ditahan reman beberapa hari mereka dibebaskan dengan jaminan polis.

Sebelum itu, seramai 200 penduduk membabitka­n beberapa kampung membuat sekatan bagi menghalang syarikat pembalak daripada mengeluark­an hasil kayu di Hutan Simpan Balah kerana didakwa merosakkan alam sekitar.

Susulan sekatan itu, Persatuan Pembalak Kelantan (PPK) mendakwa 15 syarikat pembalakan yang memegang lesen konsesi balak berdepan kerugian hampir RM50 juta selepas dihalang sekumpulan Orang Asli untuk membawa keluar 50,000 tan metrik kayu balak yang ditebang di Hutan Simpan Balah, di sini, sejak 28 September lalu.

Bagi, Angah Tegeu, 51, dari Kampung Penad, pula berkata, tindakan itu juga bukan hasil daripada campur tangan orang luar.

Katanya, kerajaan negeri sebenarnya ingin mengelak daripada perjumpaan dengan masyarakat Orang Asli menyebabka­n masalah itu berpanjang­an.

“Kami hanya mahukan nasib kaum kami terjamin seperti Orang Asli di negeri Perak, Negeri Sembilan dan Pahang yang mempunyai tanah rizab sendiri.

“Tuduhan yang mengatakan kami dihasut oleh pihak atau parti politik yang mempunyai kepentinga­n tertentu itu adalah tidak benar kerana ini adalah inisiatif kami sendiri untuk menuntut hak kami,”katanya.

 ??  ?? PENDUDUK Orang Asli membina bangsal dan sekatan baru di simpang Kampung Petei.
PENDUDUK Orang Asli membina bangsal dan sekatan baru di simpang Kampung Petei.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia