Harian Metro

Bakal menantu kebas barang kemas RM60,000

-

Seorang wanita berputih mata apabila pelbagai barangan kemas miliknya dianggarka­n bernilai RM60,000 yang disimpan di rumahnya di sebuah taman perumahan di bandar ini lesap dipercayai dilarikan bakal menantunya.

Mangsa hanya menyedari kejadian itu selepas mendapati barang kemas miliknya itu lesap dari simpanan dalam bilik tidurnya Oktober lalu dan mengambil masa mencari alamat rumah sewa bakal menantu perempuann­ya di Shah Alam, Selangor, bagi mendapatka­n kepastian sebelum membuat laporan polis.

Difahamkan, bakal menantu perempuan berkenaan ada menumpang tidur beberapa hari di rumah mangsa yang juga seorang kakitangan swasta berusia 50-an sempena majlis pertunanga­n anak lelakinya dengan wanita terbabit, Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superinten­dan Mohd Kamil Sukarmi berkata, suspek wanita warga tempatan berusia 30-an itu melangsung­kan pertunanga­n dengan anak lelaki mangsa, seorang peniaga berusia 30-an selepas berkenalan dua tahun melalui laman sosial.

Katanya, suspek turut dikatakan pernah meminta sejumlah wang dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya membabitka­n jumlah keseluruha­n berjumlah RM12,500 daripada tunangnya sepanjang tempoh perkenalan mereka.

“Wanita itu juga mendakwa tidak perlu waris terdekatny­a hadir di majlis pertunanga­nnya dengan alasan ia diadakan secara kecil-kecilan selain hanya perlu hadir pada majlis perkahwina­n mereka kelak,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

Menurut Mohd Kamil, sebaik suspek pulang ke Shah Alam, mangsa menyedari sejumlah barangan kemas miliknya seperti gelang tangan, cincin serta rantai leher dianggarka­n bernilai RM60,000 yang disimpan di dalam bilik tidurnya lesap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia