Harian Metro

Tragedi tertinggal kunci

- Izlaily Nurul Ain Hussein am@hmetro.com.my

„ Lelaki cuba meniti tiang koridor maut jatuh tingkat 20

“Baru tiga hari lalu dia datang ke kedai dan beritahu mak yang dia hendak pindah ke Taman Perling, tidak sangka pagi tadi (semalam) dia meninggal dunia,” kata jiran kepada lelaki yang maut terjatuh dari tingkat 20 sebuah kondominiu­m dekat Tampoi, awal pagi semalam.

Lelaki berusia 18 tahun yang juga saksi pertama melihat keadaan mangsa jatuh itu berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3.45 pagi ketika dia bersiap untuk masuk tidur.

Dia yang enggan dikenali berkata dia terkejut apabila mendengar bunyi seperti perabot terhempas sebelum terus menjengah ke luar tingkap rumahnya di tingkat dua.

“Saya terkejut apabila mangsa berada betul-betul di hadapan tingkap rumah. Ketika itu, saya agak dia sudah tiada kerana tidak lagi bergerak dengan darah yang banyak,” katanya.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Mohammad, 23, dikatakan cuba meniti tiang melintang yang menghubung­kan koridor rumah dengan bahagian dapur ketika hendak masuk ke dalam rumah kerana tiada kunci.

Mangsa kemudian dipercayai terjatuh dari tingkat 20 rumah sewanya itu ke tingkat dua kondominiu­m berkenaan.

Menurut saksi, dia kemudian meminta abangnya menghubung­i polis sebelum pengawal keselamata­n turut bergegas ke lokasi kejadian.

“Tidak lama kemudian, seorang rakan mangsa datang dan meraung apabila mendapat tahu mangsa maut akibat terjatuh.

“Rakannya memberitah­u bahawa mangsa ada menelefonn­ya dan menyatakan tidak ada kunci hendak masuk rumah. Rakannya meminta untuk mangsa tunggu sebentar, tetapi tidak sangka mangsa terlebih dulu meniti tiang berkenaan untuk masuk melalui dapur,” katanya.

Saksi berkata, mangsa yang sudah kira-kira setahun menyewa di kondominiu­m itu bersama beberapa rakan selalu datang makan di gerai makan ibunya di kondominiu­m berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan menerusi talian MERS 999 pada jam 3.59 pagi.

“Siasatan awal di tempat kejadian juga mendapati terdapat pemetik api mangsa yang tertinggal di atas pemijak tingkap dapur di bahagian luar,” katanya.

Katanya, jenazah mangsa dibawa pulang ke Melaka selepas dituntut ahli keluarga di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.

Difahamkan, mangsa sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.

 ??  ?? LOKASI kejadian lelaki jatuh dari kondominiu­m.
LOKASI kejadian lelaki jatuh dari kondominiu­m.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia