Harian Metro

Belajar hargai kejayaan, pencapaian kita sendiri

-

pertama dalam senarai pemilihan dan seterusnya, sehinggala­h seorang Raja menerima jawatan itu.

Raja-raja Melayu yang layak memilih dan menduduki takhta pemerintah­an Malaysia ialah Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Sultan Selangor, Raja Perlis, Sultan Terengganu, Sultan Kedah, Sultan Kelantan, Sultan Pahang, Sultan Johor dan Sultan Perak.

Ini kali kedua Sultan Kelantan dipilih menjadi

Yang di-Pertuan Agong.

Sebelum ini nenda Sultan Muhammad V, Al Marhum Sultan Yahya Petra ibni

Sultan Ibrahim menduduki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong keenam pada 1976 hingga 1979.

“Harapan kita sebagai rakyat tentulah supaya Yang di-Pertuan Agong akan memayungi seluruh warga Malaysia untuk kemakmuran negara dari segi perpaduan kaum, ekonomi, dan kesejahter­aan politik.

“Dan yang utama juga adalah perpaduan dalam golongan agamawan.

“Kita mengharapk­an takhta Yang di-Pertuan

Agong akan menjadi titik rujukan untuk orang Islam bersatu,” kata Shamrahayu. – BERNAMA

Kejayaan Harith Iskander menjuarai pertanding­an ‘Funniest Person In The World’ yang berlangsun­g di Helsinki, Finland, baru-baru ini, menewaskan 89 individu lain dari seluruh dunia membuktika­n Malaysia sebenarnya tetap mempunyai individu berbakat dan kreatif yang bertaraf dunia.

Yang membezakan orang kita dengan orang negara lain ialah sikap dan mentaliti orang kita yang kadangkala begitu sukar menghargai dan mengiktira­f kejayaan individu atau bakat dari negara sendiri.

Kalau tidak mahu mengiktira­f atau menghargai bakat orang sendiri tidak mengapa, tetapi jangan sampai kita memperleke­hkan pencapaian dan bakat mereka kerana jika bukan kita sendiri berbuat demikian, jangan diharap orang lain untuk melakukann­ya.

Biarpun mungkin kurang mendapat publisiti meluas media, tidak seperti sesetengah rancangan atau program lawak tempatan, Harith tetap berjaya mengunggul­i pertanding­an disertainy­a, sekali gus mengharumk­an negara.

Begitu juga kejayaan pemain bola sepak tempatan, Mohd Faiz Subri yang berjaya menempatka­n diri dalam senarai tiga teratas untuk merebut ‘The FIFA Puskas Award 2016’, anugerah bagi mengiktira­f jaringan gol tercantik dihasilkan pemain bola sepak dari seluruh dunia sepanjang tempoh setahun.

Sekali lagi, walaupun beliau berjaya mengatasi beberapa pemain bola sepak ternama dunia termasuk Nyemar (Brazil) dan Messi (Argentina), namun sokongan dan sambutan terhadap penyertaan pemain itu agak hambar dan kurang memberangs­angkan.

Sebelum itu, beberapa atlet paralimpik juga berjaya mengharumk­an nama negara apabila buat julung kali mereka berjaya merangkul pingat emas pada temasya sukan terbesar dunia, Sukan Olimpik Rio.

Namun, menyedihka­n terdapat suara-suara sumbang daripada orang kita sendiri yang seolah-olah memperleke­hkan kejayaan mereka termasuk mempertika­ikan hadiah kemenangan besar diperoleh hasil sumbangan dan pemberian kerajaan.

Itu ceritera mengenai artis dan atlet negara yang biarpun sudah terbukti dan diiktiraf kejayaan mereka di pentas antarabang­sa, tetapi tetap ada suara sumbang sebahagian daripada orang kita yang masih lagi memandang sepi kejayaan mereka.

Dalam bidang pendidikan pula, biarpun Malaysia berjaya memperbaik­i skor dalam pentaksira­n antarabang­sa Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabang­sa (TIMSS) dan Program Penilaian Murid Antarabang­sa (PISA), baru-baru ini, masih ada pihak yang mempertika­ikan pencapaian itu.

Tatkala Malaysia berada pada kedudukan satu pertiga bawah dalam skor sebelum ini termasuk di belakang negara seperti Vietnam, sudah pasti ada pihak menghentam­nya, tetapi selepas berjaya memperbaik­i kedudukanp­un, masih juga dipertikai­kan.

Maka, sudah tiba masanya orang kita untuk lebih belajar menghargai bakat, kejayaan dan pencapaian orang sendiri.

 ??  ??
 ??  ?? HARITH yang menjuarai ‘Funniest Person In The World’.
HARITH yang menjuarai ‘Funniest Person In The World’.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia