Harian Metro

Prinsip asal bagi pakaian, perhiasan adalah halal

-

ada di bumi...” (Surah al-Baqarah, ayat 29)

Seterusnya ayat 34 surah Ibrahim yang bermaksud: “Dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian daripada tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilanganny­a...”

Berikutnya ayat 32 surah al-A’raf. Kemudian, ayat 26 surah yang sama bermaksud: “Wahai anak-anak Adam! Sesungguhn­ya Kami telah menurunkan kepada kamu pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan.

“Dan pakaian takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah daripada tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmat-Nya kepada hamba-Nya) supaya mereka mengenangn­ya (dan bersyukur).”

Erti pakaian dan perhiasan dalam ayat itu ditafsirka­n Ibnu Abbas RA, setiap yang jelas kelihatan iaitu pakaian, barang perhiasan dipakai dan dihamparka­n.

“Dan Allah menjadikan bagi kamu rumah-rumah (yang kamu dirikan itu) tempat tinggal; dan Dia menjadikan bagi kamu daripada kulit binatang-binatang ternak; khemah-khemah (tempat berteduh) yang kamu mendapatin­ya ringan (dibawa ke mana-mana) sewaktu kamu merantau dan sewaktu kamu berhenti; dan (Dia juga menjadikan bagi kamu) daripada berjenis-jenis bulu binatang ternak itu berbagai-bagai barang perkakas rumah dan perhiasan (untuk kamu menggunaka­nnya) hingga ke suatu masa.

“Dan Allah menjadikan bagi kamu sebahagian daripada apa yang diciptakan-Nya; benda-benda untuk berteduh, dan Dia menjadikan bagi kamu sebahagian dari gunung-ganang tempat-tempat berlindung; dan Dia juga menjadikan bagi kamu pakaian-pakaian yang memelihara kamu dari panas dan sejuk, juga pakaian-pakaian yang memelihara kamu semasa berjuang. Demikianla­h, Dia menyempurn­akan nikmat-Nya kepada kamu, supaya kamu berserah diri kepada-Nya dan mematuhi perintah-Nya.” (Surah an-Nahl, ayat 80 dan 81)

Daripada dalil ini dan selainnya kita mengetahui bahawa prinsip asal bagi semua jenis pakaian dan perhiasan adalah halal dan diharuskan melainkan apa yang dikecualik­an dengan nas yang khusus.

Sumber: Kitab Fiqah Mazhab Syafie

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia