Harian Metro

‘Baru 10 minit tiba terus bersih lumpur kesan banjir kilat’

-

“Tidak sampai 10 minit tiba di rumah, saya terus mengerah tulang empat kerat membersihk­an kawasan diselaputi lumpur kesan banjir kilat dua hari lalu sambil dibantu anak.

“Kerja membersihk­an rumah perlu dilakukan segera kerana saya bimbang kesihatan emak yang menghidap lemah jantung, begitu juga kesihatan anak kecil yang baru berusia setahun,” kata Wan Azni Wan Daud, 34.

Wanita itu seorang daripada 58 mangsa yang ditempatka­n di pusat pemindahan sementara Dewan Semai Bakti FELDA Kota Gelanggi 1, di sini, selepas kediaman mereka terjejas teruk akibat banjir kilat, malam Sabtu lalu.

Dalam kejadian jam 9 malam itu, air sungai di FELDA Kota Gelanggi 3, di sini, naik secara mendadak akibat hujan menyebabka­n sembilan keluarga terjejas dan dipindahka­n ke pusat pemindahan sementara di dewan berkenaan.

Ibu kepada tiga anak itu berkata, dia bersama tiga keluarga lain dibenarkan pulang jam 10.45 pagi semalam selepas menghuni pusat pemindahan itu selama dua hari.

“Saya lega apabila dibenarkan pulang kerana sering memikirkan keadaan rumah yang perlu dibersihka­n akibat lumpur.

“Ini (membersihk­an rumah) sudah menjadi rutin dilakukan setiap kali rumah terjejas akibat banjir kilat memandangk­an ia bukan kejadian pertama kami hadapi,” katanya.

Katanya, kerja membersihk­an biliknya perlu ditangguhk­an memandangk­an ia masih ditakungi air dalam kejadian itu.

“Jadi, untuk hari ini (semalam) saya bersihkan dulu bahagian dapur dan kawasan luar rumah yang dipenuhi lumpur.

“Manakala, barangan berharga ditempatka­n di bahagian atas rumah pula diperiksa, yang mana elok diasingkan dan disusun supaya ada ruang untuk emak berehat,” katanya.

 ??  ?? WAN Azni bersama anaknya membersihk­an rumah mereka.
WAN Azni bersama anaknya membersihk­an rumah mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia