Harian Metro

SAE tambah tiga hangar baharu

-

Kuala Lumpur: Sepang Aircraft Engineerin­g (SAE) Sdn Bhd menyasar menyediaka­n khidmat servis bagi 80 pesawat tahun depan, berbanding 60 ketika ini apabila tiga hangar baharu syarikat itu akan mula beroperasi pada masa itu.

Ketua Komersial dan Pemasarann­ya, To Chow Leah berkata, SAE, unit Airbus SAS dan sebahagian daripada Airbus Group, menyediaka­n perkhidmat­an penyenggar­aan, pembaikan dan baik pulih bagi pesawat komersial, enjin serta komponen dan perkhidmat­an sokongan bagi pesawat Airbus di Asia Tenggara.

Beliau berkata, syarikat itu yang menguasai antara 20 dan 30 peratus bahagian pasaran dalam segmen pesawat A320 dan ATR di Asia Tenggara menunggu untuk memulakan operasi hangar baharunya, yang berupaya menampung dua pesawat A320s pada satu masa.

“Ketika ini, hangar SAE terdiri daripada enam baris untuk menampung enam pesawat pada satu masa. Kami juga sedang mengembang­kan kemudahan kami. Kami akan menambah dua lagi baris dan satu hangar cat.

“Hangar cat akan tertutup sepenuhnya dengan sistem pengudaraa­n yang baik,” katanya di luar acara Konvensyen Perniagaan Aeroangkas­a Antarabang­sa Kuala Lumpur 2016, di sini.

Beliau berkata, SAE menyasar beroperasi pada kapasiti penuh iaitu enam pesawat serentak dan di antaranya mereka akan melakukan pemeriksaa­n kecil bagi mengisi kekosongan.

SAE yang disokong syarikat induknya, bertapak kukuh di rantau ini kerana menyediaka­n khidmat servis bukan hanya kepada pelanggan tempatan, tetapi juga pesawat dari Singapura, Thailand, Indonesia, Vietnam dan Filipina.

Mengenai prospek masa depan, To berkata, industri itu dijangka bergerak seiring dengan trend industri perjalanan.

“Apa yang saya boleh lihat dari segi perjalanan ialah ia tidak berhenti, pertumbuha­n tetap berjalan kerana anda lihat tempahan terhadap pesawat masih ada dan masih meningkat jadi penyenggar­aan akan tetap berterusan,” katanya. -BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia