Harian Metro

Hab pasaran Asia

- Farah Suhaidah Othman bisnes@hmetro.com.my

Kumpulan Lhoist bina kilang kapur RM704.17 juta di Tapah

405 hektar itu dijangka menjadi hab di Asia, sekali gus landasan syarikat berkenaan meneroka pasaran baru di rantau ini.

Katanya, dengan anggaran kadar penghasila­n 400 kiloton kapur dan 1.5 juta ton batu kapur setahun, kilang itu mampu memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam penghasila­n kapur berkualiti berdasarka­n kepakaran serta pengetahua­n dimiliki syarikat.

“Fungsi utama kilang baru ini ialah daripada segi perlombong­an batu kapur serta menghasilk­an kapur termasuk daripada segi penyediaan dan pemeriksaa­n batu serta pengkalsin­an, penapisan, pembungkus­an dan pemunggaha­n batu kapur. “Dilengkapi dengan teknologi perlombong­an dan penghasila­n kapur paling maju, kilang baharu Lhoist di Tapah ini juga mempunyai kawasan pemunggaha­n dan pembungkus­an yang jauh daripada tapak penghasila­n bagi memastikan persekitar­an bersih dan selamat,” katanya pada majlis pelancaran Kilang Kapur Kumpulan Lhoist oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Sementara itu, Naib Presiden Sumber Manusia Lhoist (Malaysia) Sdn Bhd, Mohd Sarthar Sulaiman berkata, kilang Lhoist di Tapah yang ketiga di negeri ini selepas Pengkalan Hulu dan Ipoh.

“Syarikat mahu memberikan sesuatu kepada masyarakat setempat, sudah tentu objektif kami menggunaka­n tenaga kerja dan pengusaha tempatan, malah pembinaan kilang itu sendiri membabitka­n orang tempatan,” katanya.

Dalam pada itu, Zambry berkata, kilang yang bakal beroperasi pada pertengaha­n tahun hadapan memberikan peluang pekerjaan kepada 350 orang.

 ??  ?? ZAMBRY dan Berghmans melakukan simbolik perasmian pembinaan kilang di Tapah.
ZAMBRY dan Berghmans melakukan simbolik perasmian pembinaan kilang di Tapah.
 ??  ?? RAJA Azura (enam dari kanan) bersama kakitangan Yayasan Peneraju.
RAJA Azura (enam dari kanan) bersama kakitangan Yayasan Peneraju.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia