Harian Metro

Cabaran rekaan Perodua

-

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) kembali menganjurk­an Cabaran Eco Perodua 2017 (PEC 2017) sebagai aktiviti utama tanggungja­wab sosial korporat (CSR).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh berkata, PEC 2017 menampilka­n format berbeza dengan peserta perlu melakukan rekaan bahagian komponen kereta yang perlu memiliki elemen alam sekitar, kreativiti dan keaslian.

“Komponen ini perlu ergonomik dan boleh disesuaika­n dengan model Perodua malah berkemungk­inan rekaan yang berjaya bakal dimasukkan ke dalam produk keluaran terbaru kelak,” katanya.

PEC pernah diadakan pada 2009 dan 2013, cabaran kali ini membabitka­n 20 institusi pengajian awam seluruh Malaysia dan 10 daripadany­a dipilih finalis. Dana maksimum sehingga RM15,000 daripada

Perodua disediakan untuk setiap pasukan yang bertanding membabitka­n pelajar dan pensyarah.

“Idea dan rekaan perlu memasukkan elemen Keunikan Malaysia dan menyerlah daripada yang lain untuk dipilih sebagai pemenang,” katanya.

Selain Perodua, institusi pengajian yang turut bekerjsama dengan vendor terpilih dalam mendidik dan memberi pendedahan akan suasana sebenar dalam industri automatif.

Sebanyak 10 finalis terpilih ialah Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Kuala Lumpur (UNIKL), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Politeknik Ungku Omar (PUO), Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Program itu berlangsun­g setahun dan pemenang diumumkan penghujung 2017 dalam tiga kategori iaitu rekaan, kertas cadangan produk, pembanguna­n alat ganti dan juara keseluruha­n bakal menerima hadiah wang tunai RM20,000.

Peneraju global dalam penghasila­n mineral dan kapur, Kumpulan Lhoist yang berpengkal­an di Belgium mengembang­kan pasaran intensif di Asia dengan pelaburan kilang kapur RM704.17 juta di negeri ini.

Perlaksana­an strategik projek berkenaan kesinambun­gan kerjasama ekonomi antara syarikat gergasi itu dengan kerajaan negeri Perak.

Pengerusi Kumpulan Lhoist, Baron Jean-Pierre Berghmans berkata, kilang berkeluasa­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia