Harian Metro

Yayasan Peneraju serlah potensi diri

-

Kuala Lumpur: Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) memberi peluang kepada penerima faedahnya untuk menyerlahk­an bakat menerusi penganjura­n pertanding­an Yayasan Peneraju STAR Awards 2016 yang diadakan di KL Live, Life Centre, Kuala Lumpur.

Pertanding­an itu terbuka kepada 10,000 penerima faedah Yayasan Peneraju berusia 13 sehingga 45 tahun yang bertujuan menaman sifat menyumbang kembali sebagai penerima faedah Yayasan Peneraju di mana RM10,000 dari kemenangan disalurkan kepada badan kebajikan yang ditentukan penerima faedah sendiri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Peneraju, Datuk Abdul Rahman Dahlan percaya pemilihan program yang kreatif seumpama itu akan menjadi platform terbaik kepada penerima faedah untuk menyerlahk­an lagi potensi diri mereka, bukan hanya pada bidang akademik, teknikal dan profesiona­l sahaja.

“Dengan cara ini, Yayasan Peneraju boleh membantu menggilap dan mentrans formasi bakat mereka kepada sesuatu yang memberi manfaat kepada mereka suatu hari nanti.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Yayasan Peneraju, Raja Azura Raja Mahayuddin berkata, Yayasan Peneraju STAR Awards 2016 ialah manifestas­i kepada komitmen berterusan Yayasan Peneraju yang amat memandang tinggi dan menghargai bakat dimiliki penerima faedahnya selaras visi Yayasan.

“Program sebegini bukan sahaja melahirkan nilai kekeluarga­an sesama penerima faedah Yayasan Peneraju, tetapi meluaskan rangkaian antara mereka yang datang dari profesion berbeza,” katanya dalam satu kenyataan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia