Harian Metro

FELDA Transport yakin capai RM418j

-

FELDA Transport Services Sdn Bhd (FELDA

Transport) anak syarikat FELDA Global Ventures Holdings Berhad (FGV) optimis mencapai perolehan mencecah RM418 juta menjelang 2020 dipacu aktiviti logistik untuk projek infrastruk­tur.

Ketua Kluster Perdaganga­n, Logistik, Pengilanga­n dan Lain-Lain (TLMO), Datuk Khairil Anuar Aziz berkata, dengan projek infrastruk­tur yang dijalankan, pihaknya mendapatka­n tender bagi tujuan pengangkut­an.

“Projek infrastruk­tur mega yang dijalankan kerajaan di mana kami turut serta melalui aktiviti pengangkut­an sama ada bagi membawa muatan pembinaan atau membantu kerja berkaitan teknikal.

“Projek terbaru yang dijalankan tidak lama lagi membabitka­n pembinaan lebuh raya,” katanya selepas penerangan media di sini.

Menurutnya, pihaknya terbabit dengan aktiviti logistik bagi pembinaan laluan kereta api dalam negara.

“Selain projek laluan tempatan, kami berbincang mendapatka­n tender pengangkut­an bagi projek laluan kereta api yang membabitka­n syarikat pembinaan dari China,” katanya.

Tahun lalu, jumlah perolehan bagi FELDA Transport mencecah

RM255 juta dan menyifatka­n operasi perniagaan logistik ini sebagai aktiviti pelaburan minimum.

“Kami menggunaka­n aset sedia ada meneruskan aktiviti ini dan hanya membeli aset baru jika ada keperluan saja. Perbelanja­an modal

(Capex) sangat minimum dan operasi ini dilihat sebagai pelaburan mampu memberikan pulangan tinggi,” katanya.

Setakat ini, nilai modal berbayar FELDA Transport RM30 juta, dana pemegang saham RM200 juta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia