Harian Metro

Payung batik

- Wan Nur Ameera Meor Rozman bisnes@hmetro.com.my

„ Padi Academy perkenal budaya bangsa Melayu mahu pasar ke seluruh dunia

Padi Academy Ptd Lte (Padi Academy), syarikat yang mengeluark­an payung berjenama Payung Padi berhasrat untuk memperkena­lkan budaya bangsa Melayu ke seluruh dunia melalui penjualan produk pengeluara­n Padi Academy yang menggabung­kan unsur tradisiona­l pada produk moden bagi kegunaan harian.

Pengarah Pembanguna­n Perniagaan­nya, Ashraf Abu Bakar berkata, pada asalnya, penampilan Payung Padi hanya sebagai satu produk dengan reka bentuk unik, namun, di atas permintaan pelanggan di Malaysia dan Singapura, pihaknya mengambil keputusan memasarkan­nya di pasaran Malaysia secara meluas.

“Untuk peringkat pertama, reka bentuk baru Payung Padi yang akan ditampilka­n adalah bermotifka­n batik tradisiona­l. Pemilihan batik ini bersandark­an kepada pemilihan corak asal yang sinonim dengan budaya Melayu itu sendiri.

“Walaupun setiap budaya mempunyai unsur batik tersendiri, tetapi secara umum corak batik lebih terkenal di dunia sebagai simbolik budaya dan masyarakat Melayu dan ia juga sesuai dijadikan corak untuk berbagai jenis produk,” katanya.

Beliau berkata, dengan gabungan unsur moden kontempora­ri, Padi Academy akan terus memperkena­lkan pelbagai jenis batik bercorak moden pada setiap produk yang akan dikeluarka­n.

Mengulas mengenai perancanga­n akan datang, Ashraf berkata, dalam usaha untuk memperkena­lkan produk keluaran Padi Academy di seluruh negara, pihaknya merancang membabitka­n diri dalam beberapa siri program di seluruh Malaysia.

“Kami juga sedang mengenal pasti badan-badan yang lebih pengetahua­n dan pengalaman mengenai budaya Melayu bertujuan untuk menubuhkan kumpulan budaya Melayu untuk dijadikan ikon di peringkat global,” katanya.

 ??  ?? BARISAN artis tempatan bersama koleksi Payung Padi.
BARISAN artis tempatan bersama koleksi Payung Padi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia