Harian Metro

Ekonomi tak menentu jualan terjejas

-

Johor Bahru: Automotive Corporatio­n (Malaysia) Sdn Bhd (ACM), anak syarikat DRB HICOM berjaya menjual lebih 300 unit kenderaan jenis trak pikap dan SUV jenama Isuzu di seluruh negara sehingga kini.

Ketua Pengarah Operasinya, Mohamad Radzi Omar berkata, pada asalnya pihaknya menyasarka­n 400 unit terjual sehingga penghujung tahun ini namun, keadaan ekonomi yang tidak menentu menyebabka­n jualan agak terjejas.

“Pelanggan kami kebanyakan­nya terdiri daripada syarikat swasta dan kerajaan yang sebelum ini membuat pembelian secara berterusan terpaksa menangguhk­annya susulan keadaan ekonomi,” katanya ketika ditemui pada Sesi Pandu Uji D-Max Z Prestige dan Mu–X baharu di Galeri Pameran Isuzu, semalam.

Selain itu, pihaknya merancang menambah bilangan Galeri Pameran ACM di Lembah Klang dengan pelaburan sehingga RM2.5 juta yang dijangka siap sepenuhnya menjelang hujung 2017.

“Kami sudah mengenal pasti lokasi untuk pembukaan galeri yang ketujuh iaitu di Lembah Klang. Lokasi ini dipilih memandangk­an terdapat potensi besar jualan di situ,” katanya.

Setakat ini, enam ruang pameran dan pusat 3S ACM dibuka di beberapa negeri termasuk Kuantan, Shah Alam, Batu Cave, Butterwort­h, Ipoh, dan Johor Bahru.

Pada sesi padu uji yang bermula semalam, pelanggan boleh memandu uji Isuzu D-Max Z Prestige dan Isuzu Mu-X di sekitar bandar raya ini untuk merasai pengalaman sebenar memandu kenderaan terbaharu itu.

Selain pandu uji, ACM juga turut membuat jualan akhir tahun kepada pelanggan yang datang ke galeri pameran dengan potongan harga istimewa.

 ??  ?? MOHAMAD Radzi memberi penerangan mengenai enjin Isuzu kepada pelanggan pada Sesi Pandu Uji D-Max Z Prestige dan Mu –X baharu di Galeri Pameran Isuzu, semalam.
MOHAMAD Radzi memberi penerangan mengenai enjin Isuzu kepada pelanggan pada Sesi Pandu Uji D-Max Z Prestige dan Mu –X baharu di Galeri Pameran Isuzu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia