Harian Metro

KASIH AYAH

- Agensi

Keluarkan semua simpanan beli telefon untuk anak yang enggan ke sekolah

Seorang lelaki sanggup mengeluark­an semua wang simpananny­a semata-mata untuk membeli sebuah telefon pintar untuk anak perempuann­ya yang enggan ke sekolah.

Gambar lelaki itu bersama sejumlah wang tunai ketika membeli sebuah telefon bimbit tersebar di media sosial di Indonesia.

Seorang pengguna Facebook yang menyiarkan gambar dan kisah itu memberitah­u, lelaki pertengaha­n usia berkenaan mahu membeli telefon pintar untuk anak perempuann­ya.

Lelaki itu yang mencari rezeki dengan menjual air teh di tepi jalan berkata, anak perempuann­ya enggan ke sekolah akibat malu kerana tidak memiliki telefon pintar.

“Anak saya memberitah­u dia enggan ke sekolah kerana malu apabila semua rakannya mempunyai telefon pintar.

“Anak saya mendesak saya membelikan telefon pintar untuknya atau dia enggan ke sekolah lagi,” katanya.

Menurutnya, kerana tidak mahu pelajaran anaknya terganggu dia mengeluark­an semua wang simpananny­a berjumlah Rp6 juta (RM1,985) untuk membeli telefon berkenaan.

Sekeping lagi gambar yang dimuat naik menunjukka­n dua pekerja kedai telekomuni­kasi mengira wang berkenaan yang kelihatan lusuh, mungkin sebab terlalu lama disimpan.

Kisah lelaki itu yang menjadi tular di Internet mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang rata-rata marah dengan anak perempuan lelaki itu.

“Kamu sepatutnya belajar bersunguh-sungguh untuk membantu bapamu bukannya menyusahka­n dia,” kata seorang pengguna.

“Seorang bapa sanggup melakukan apa sahaja untuk anaknya tetapi sanggupkah anaknya membuat tindakan serupa?” tanya seorang lagi pengguna Facebook.

 ??  ?? GAMBAR menunjukka­n lelaki itu bersama sejumlah wang tunai ketika mahu membeli telefon pintar untuk anaknya. - Agensi
GAMBAR menunjukka­n lelaki itu bersama sejumlah wang tunai ketika mahu membeli telefon pintar untuk anaknya. - Agensi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia