Harian Metro

Polis tangkap lelaki suka makan percuma

-

Los Angeles: Seorang wanita membuat laporan polis selepas lelaki yang dikenaliny­a di aplikasi janji temu menghilang­kan diri dan tidak membayar makan malam pada pertemuan pertama mereka.

Diane Guilmette memberitah­u, dia teruja apabila seorang lelaki kacak yang dikenaliny­a di aplikasi janji temu mengajakny­a makan malam baru-baru ini.

Menurutnya, lelaki itu berjanji untuk bertemu dan makan malam di sebuah restoran mewah di sini.

“Semuanya berjalan lancar dan kami berbual dengan mesra. Apabila makanan dihidangka­n hampir habis lelaki itu meminta untuk keluar bagi membuat satu panggilan telefon.

“Saya menungguny­a selama hampir satu jam dan dia langsung tidak muncul,” katanya.

Diane berkata, kerana menyedari lelaki itu tidak akan datang semula dia terpaksa membayar bil makan malam itu yang berjumlah AS$163 (RM719).

Tambahnya, dia cuba menghubung­i semula lelaki itu di aplikasi janji temu itu tetapi gagal.

Kerana tidak berpuas hati, Diane memuat naik maklumat lelaki itu di Internet dan mengetahui dia bukanlah wanita pertama menjadi mangsa.

“Saya terkejut apabila ramai wanita tampil dan memberitah­u lelaki itu pernah melakukan perkara yang sama terhadap mereka,” jelasnya.

Menurutnya, dia dan beberapa wanita kemudian membuat laporan polis terhadap lelaki itu bagi mengelak lebih ramai wanita menjadi mangsa.

Sementara itu, polis berkata, lelaki itu dikenal pasti sebagai Paul Gonzales dan ditangkap atas pelbagai kesalahan termasuk tidak membayar bil ketika mengguntin­g rambut. Agensi

 ??  ?? DIANE
DIANE
 ??  ?? GONZALES
GONZALES

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia