Harian Metro

Filipina enggan bebaskan tahanan komunis

-

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte berkata, dia menolak permintaan pemberonta­k komunis yang mahu lebih banyak pengikut mereka dibebaskan sebagai syarat rundingan damai.

Duterte menegaskan bahawa, dia sudah cukup bertolak ansur dan sanggup membiarkan rundingan damai gagal jika perlu.

“Saya mahu rundingan dimulakan tetapi mereka mahu lebih 130 lagi pengikut mereka dibebaskan, jadi saya memberitah­u mereka tidak boleh.

“Saya sudah banyak beralah dan kini terpulang kepada mereka sekiranya mahu menamatkan rundingan. Saya sudah bebaskan ketua mereka, apa lagi mereka mahu,” katanya di sini, semalam.

Pihak berkuasa Filipina Manila dan sayap bersenjata komunis, Tentera Rakyat

>>Pasukan itu dibahagi kepada dua kumpulan untuk jalankan tugas yang ditetapkan

Baru (NPA) cuba mengadakan rundingan damai sejak beberapa dekad lalu, tetapi semuanya berakhir dengan kegagalan.

Sejak berkuasa Jun lalu, Duterte membebaska­n lebih 20 pemimpin dan pengikut kumpulan itu yang dianggap satu kemajuan dalam rundingan damai.

Bagaimanap­un, kumpulan pemberonta­k itu mendesak lebih 130 lagi pengikut mereka dibebaskan.

Parti Komunis Filipina itu aktif di selatan negara berkenaan dan pemberonta­kan selama hampir lima dekad mereka meragut kira-kira 40,000 nyawa. - Reuters

 ??  ?? GAMBAR fail, sebahagian anggota Tentera Rakyat Baru (NPA) berbaris di satu lokasi rahsia di selatan Filipina. - Agensi
GAMBAR fail, sebahagian anggota Tentera Rakyat Baru (NPA) berbaris di satu lokasi rahsia di selatan Filipina. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia