Harian Metro

80 peguam bela Ahok

- Agensi

Bantu gabenor Jakarta berdepan dakwaan menghina agama di mahkamah

Seramai 80 peguam menyertai pasukan pembelaan Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama yang dijadual dihadapkan ke mahkamah hari ini bagi berdepan tuduhan menghina agama Islam.

Ketua pasukan pembelaan, Sirra Prayuna berkata, pasukan itu dibentuk bagi memudahkan proses pembelaan Basuki atau lebih dikenali sebagai Ahok itu.

Katanya, pasukan itu dibahagi kepada dua kumpulan untuk menjalanka­n tugas yang sudah ditetapkan.

“Pasukan pertama seramai 10 hingga 20 orang peguam akan berada di samping Ahok sepanjang perbicaraa­n berlangsun­g di mahkamah.

“Pasukan kedua pula seramai 60 peguam akan melakukan tugas bukan litigasi,” katanya yang dipetik Detik.com semalam.

Menurutnya, pasukan kedua itu ditugaskan mengumpul semua maklumat, data dan fakta berkaitan ucapan kontrovers­i Ahok di Kepulauan Seribu pada 27 September lalu. “Pasukan ini juga melakukan tugas pengesahan data berkaitan dokumen dan keterangan saksi dan tugas lain,” jelasnya. Bagaimanap­un, jumlah peguam yang berada bersama Ahok di mahkamah kelak bergantung kepada jumlah kerusi yang diperuntuk­kan kepada pasukan pembelaan.

Ahok adalah gabenor Jakarta kedua yang beragama Kristian dan yang pertama daripada etnik Cina.

Dia berdepan tuduhan menghina agama Islam selepas memetik ayat al-Quran dan mendakwa lawannya menggunaka­n ayat itu untuk menipu pengundi supaya tidak mengundiny­a.

Ucapan Ahok yang dimuat naik di laman sosial sehingga mencetuska­n kemarahan kumpulan agama Islam yang seterusnya melancarka­n beberapa tunjuk perasaan besar-besaran di Jakarta.

Polis Indonesia kelmarin berkata, ia sudah melakukan segala persiapan bagi menghadapi kejadian yang tidak diingini ketika perbicaraa­n itu.

 ??  ?? AHOK
AHOK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia