Harian Metro

Saya cukup bijak: Trump

-

Washington: Bakal presiden baru Amerika Syarikat Donald Trump semalam berkata, dia cukup pintar dan tidak perlu diberi taklimat risikan setiap hari.

Trump yang memenangi pilihan raya presiden negara itu November lalu dan bakal mengangkat sumpah jawatan pada 20 Januari depan akan menjadi presiden pertama Amerika Syarikat menolak secara terbuka untuk mendengar taklimat risikan itu.

“Saya akan mendapatka­nnya apabila saya memerlukan­nya. Saya cukup bijak. Saya tidak perlu diberitahu mengenai perkara sama setiap hari untuk selama lapan tahun akan datang,” kata Trump ketika menjawab soalan dalam wawancara menerusi rancangan ‘Fox News Sunday.’

Trump, dalam wawancara itu juga menyifatka­n hasil siasatan CIA yang menunjukka­n Russia berusaha mempengaru­hi keputusan pilihan raya Amerika Syarikat bagi pihaknya sebagai mengarut. - Agensi

Los Angeles: Pasangan selebriti, David dan Victoria Beckham dilapor merancang membeli rumah agam di bandar raya ini yang dilengkapi 14 kamar tidur dan 27 bilik mandi dengan harga RM891 juta.

Rumah itu adalah yang terbesar di daerah Los Angeles dan terletak di kawasan seluas 4.6 ekar.

Ia menjadi hartanah yang paling dikehendak­i pasangan itu selepas mereka menawar untuk menjual rumah mereka di Bel Air yang bernilai RM133 juta.

Pasangan itu yang berkahwin pada 1999 sebelum ini menyenarai­kan rumah idaman yang dapat memenuhi keperluan empat anak mereka, lapor akhbar The Daily Star.

Rumah yang bakal dibeli

 ??  ?? TRUMP (kiri) ketika diwawancar­a dalam rancangan ‘Fox News Sunday,’ kelmarin. - Agensi
TRUMP (kiri) ketika diwawancar­a dalam rancangan ‘Fox News Sunday,’ kelmarin. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia