Harian Metro

Perang Aleppo masuki fasa terakhir

- AFP

Tentera Syria semalam menawan sebuah daerah besar di sini daripada kumpulan penentang Presiden Bashar al-Assad yang kini terkepung di kawasan kecil di bekas kubu kuat mereka di timur bandar raya ini.

Perkembang­an itu membolehka­n tentera Syria menguasai lebih 90 peratus kawasan yang sebelum ini pernah dikuasai kumpulan penentang.

Mereka dijangka menawan keseluruha­n bandar itu bila-bila masa, sekali gus membolehka­n kerajaan menguasai lima bandar terbesar negara itu.

Kejatuhan Aleppo akan memberi tamparan paling buruk kepada penentang sejak perang saudara Syria meletus pada 2011.

Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Syria melaporkan, tentera Syria menawan daerah besar Sheikh Saeed di tenggara Aleppo awal pagi semalam.

“Kumpulan penentang kini hanya menguasai dua kawasan kejiranan. Ia begitu kecil dan akan jatuh bila-bila masa.

“Fasa terakhir perang merebut Aleppo kini masuki fasa terakhir,” kata pengarah kumpulan hak asasi itu, Rami Abdel Rahman.

Media rasmi Syria mengesahka­n tentera menawan Sheikh Saeed berikutan serangan udara dan darat secara besar-besaran. Seorang koresponde­n AFP di kawasan yang dikuasai kerajaan di barat Aleppo berkata, pengeboman boleh didengari dari kawasan itu dan ia paling sengit sejak beberapa hari lalu.

Kumpulan pemerhati itu juga berkata, kira-kira 10,000 penduduk meninggalk­an timur Aleppo sepanjang 24 jam lalu, menjadikan jumlah pelarian yang menuju ke kawasan yang dikuasai kerajaan meningkat kepada 130,000.

Tentera Syria tawan daerah terbesar di timur bandar raya itu

Kumpulan penentang Bashar menawan timur Aleppo pada 2012, setahun selepas tunjuk perasaan antikeraja­an yang kemudian merebak menjadi perang saudara.

Serangan yang dilakukan untuk menawan timur Aleppo dengan bantuan militan Syiah dan tentera Syria sejak empat minggu lalu menyebabka­n sekurang-kurangnya 415 orang terbunuh, termasuk 47 kanak-kanak.

Ratusan lagi cedera akibat serangan udara dan bedilan meriam.

 ??  ?? SEKUMPULAN tentera Syria berdiri di sebelah beberapa penduduk Sheikh Saeed, daerah terbesar di timur Aleppo selepas mereka menawannya daripada kumpulan
penentang. - AFP
SEKUMPULAN tentera Syria berdiri di sebelah beberapa penduduk Sheikh Saeed, daerah terbesar di timur Aleppo selepas mereka menawannya daripada kumpulan penentang. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia