Harian Metro

‘Jangan pisahkan kami’

-

Kuala Lumpur: Jangan pisahkan kami lagi. Itu rayuan pemain beregu wanita negara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean yang mengharapk­an Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan terus mengekalka­n mereka bersama untuk saingan musim depan.

Menurut Mei Kuan, dia berharap BAM dan jurulatih tidak memisahkan mereka sebaliknya merencana sesuatu yang lebih baik dengan gandingan sedia ada.

“Jangan tukar (gandingan) secara tiba-tiba kerana sebelum ini kami pernah dipisahkan walaupun sudah berganding­an bersama selama enam tahun. Lagipun kami sudah mula menunjukka­n peningkata­n selepas menjuarai kejohanan antarabang­sa,” katanya.

Bagaimanap­un, BAM akan melakukan satu lagi ujian terhadap beregu wanita menjelang Masters Malaysia di Sibu pada 17 hingga 22 Januari depan dengan mengubah beberapa pasangan utama.

Mei Kuan akan berganding­an bersama Vivian Hoo manakala Meng Yean berpasanga­n dengan bekas pemain perseorang­an wanita negara Lim Chiew Sien.

“Kalau sebagai ujian ia adalah keputusan jurulatih, kita tidak boleh buat apa dan salahkan sesiapa. Kita ikut saja, tetapi selepas itu saya harap gandingan kami dikekalkan untuk beraksi di peringkat antarabang­sa.

“Untuk Masters Malaysia saya rasa kita boleh terima lagi (gandingan dipisahkan) kerana ia diadakan di dalam negara. Kami akan sentiasa memberikan aksi terbaik walaupun digandingk­an dengan sesiapapun,” kata Meng Yean.

Mei Kuan-Meng Yean yang menduduki ranking ke-28 dunia dan muncul juara Cabaran Antarabang­sa Malaysia berharap mereka mampu untuk muncul juara kejohanan bertaraf Grand Prix (GP) Emas tahun depan.

“Kami juga berharap dapat memperbaik­i kedudukan ranking dunia dan kalau boleh mahu berada di antara 16 pasangan beregu wanita terbaik,” kata Meng Yean yang kali pertama merasai nikmat juara GP Akhir Sirkit Kebangsaan kelmarin.

Mei Kuan-Meng Yean mengambil alih kedudukan selaku beregu wanita kedua negara di belakang Vivian-Woon Khe Wei selepas Soong Fie Cho yang berganding­an bersama Amelia Alician Anscelly mengalami kecederaan lutut.

Mei Kuan-Meng Yean juga berjaya mara sehingga ke separuh akhir di Terbuka Macau, Masters Taiwan, Terbuka Orleans dan naib juara Terbuka Poland tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia