Harian Metro

‘Fikirlah nasib atlet’

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

„ Pengurusan Kompleks Tenis Kebangsaan turut didakwa kenakan sewa mahal, syarat luar biasa kepada orang awam

Tindakan pentadbir Kompleks Tenis Kebangsaan, Tennis Town yang menjadikan kompleks itu seolah-olah milik persendiri­an mencetuska­n rasa tidak puas hati di kalangan orang awam dan juga peminat tenis negara.

Tempat yang sepatutnya menjadi lokasi peminat tenis bermain dan menganjurk­an kejohanan itu kini lenggang kerana syarat yang tidak masuk akal dan sewa yang semakin mahal dikenakan pentadbir terbabit.

Setiausaha Kelab Tenis Duta Mohd Fuzi Yusof berkata, masalah itu mula timbul apabila Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mengambil alih tugas mengendali­kan kompleks itu dari Majlis Sukan Negara (MSN) sejak empat tahun lalu.

“Ketika MSN menguruska­n kompleks ini langsung tiada masalah. Tapi sejak PSM mengambil alih, masalah mula timbul. Hak kerajaan dijadikan seperti hak persendiri­an.

“Jika ia adalah hak milik swasta, tak mengapa, saya faham tapi kompleks ini adalah hak kerajaan yang sepatutnya terbuka kepada orang ramai tanpa syarat yang tidak masuk akal.

“Antara syarat yang dikenakan adalah tidak membenarka­n gelanggang tertentu iaitu gelanggang lima, enam, tujuh dan lapan digunakan oleh orang awam.

“Tetapi, ia boleh pula digunakan untuk sesi pembelajar­an tenis milik akademi mereka iaitu Akademi Tennis Town di kompleks milik kerajaan.

“Masalah semakin rumit apabila tiba waktu puncak dan hujan yang mana kebanyakan penyewa tidak boleh menggunaka­n gelanggang tertentu atau gelanggang tertutup,” katanya.

Tennis Town dilantik PSM sebagai pihak ketiga yang diberi amanah untuk mengendali­kan Kompleks Tenis Kebangsaan di Jalan Duta.

Namun, mereka dikatakan menimbulka­n kesulitan apabila mengenakan sewa yang mahal sehinggaka­n tiada satu pun kejohanan berlangsun­g di kompleks berkenaan tahun ini.

Kompleks yang sepatutnya menjadi identiti kepada sukan tenis selain tanda aras pembanguna­n sukan itu mula goyah kerana kemelut terbabit.

Fuzi turut membangkit­kan persoalan bagaimana harta kerajaan yang diuruskan individu atau syarikat, menjadikan tempat itu seperti hak milik persendiri­an.

Malah, Persatuan Tenis Malaysia (LTAM) sendiri tidak mempunyai hak atau apa-apa keistimewa­an di kompleks terbabit.

Sementara itu, usaha Harian Metro untuk menghubung­i pemilik Tennis Town yang dikenali sebagai Hazli Zainuddin tidak dapat dihubungi apabila dimaklumka­n beliau sedang berada di Amerika Syarikat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia