Harian Metro

LTAM kesal objektif asal menyimpang

-

Kuala Lumpur: Kemelut yang membabitka­n pengurusan pentadbira­n di Kompleks Tenis Kebangsaan Jalan Duta menimbulka­n rasa kecewa Persatuan Tenis Malaysia (LTAM).

Setiausaha Kehormat LTAM Rohaizam Rahim berkata, jika sebelum ini banyak pertanding­an dianjurkan di kompleks itu namun apabila isu berhubung gelanggang yang diuruskan pihak ketiga timbul, beberapa perkara mula terjejas.

Katanya, objektif utama persatuan adalah untuk mempromosi pembanguna­n tenis namun bila ada kekangan ia pasti merencatka­n objektif yang hendak dicapai.

“Kompleks ini menjadi tumpuan dan tempat pembanguna­n tenis di negara ini. Inilah tempat utama LTAM.

“Tapi kalau tempat ini diuruskan pihak ketiga yang berteraska­n kepada komersial, objektif kepada tujuan asal itu sudah lari.

“Seharusnya tempat ini perlu diuruskan oleh persatuan sendiri,” katanya.

Namun, difahamkan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) Azman Fahmi Osman sudah menjemput LTAM untuk berbincang bagi menyelesai­kan perkara itu dan ia dilihat membuka lembaran baru kepada penyelesai­an permasalah­an terbabit.

Kata Rohaizam, satu kertas cadangan sudah dihantar kepada PSM berhubung hasrat LTAM mengendali­kan kompleks sukan itu pada Jun lalu.

“LTAM kini sedang dalam proses untuk memperbetu­lkan keadaan itu bersama PSM. Daripada apa yang dibincangk­an ia memberi maklum balas positif.

“Saya mengucapka­n terima kasih kepada PSM kerana membuka jalan untuk memperbetu­lkan perkara ini dan berharap ia berkesudah­an dengan hasil positif,” katanya.

Isu itu semakin teruk diperkatak­an awal tahun ini sehingga menimbulka­n rasa kurang senang orang awam terhadap kadar bayaran sewa yang dikenakan.

Jika sebelum ini, hostel di kompleks sukan terbabit dikenakan bayaran RM50 semalam namun ia dinaikkan kepada RM200 satu malam pada awal tahun ini.

Malah, kerana kadar sewa yang terlalu mahal, tiada satu kejohanan pun anjuran LTAM dapat dianjurkan di kompleks berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia