Harian Metro

HM jagoan NSTP

- Pizan Mustapa sukan@hmetro.com.my

Meskipun beberapa kali menunda tarikh kerana masalah cuaca dan teknikal, Kelab Sukan & Rekreasi NSTP akhirnya berjaya menganjurk­an Karnival Sukan NSTP 2016 bertempat di Kompleks Sukan NSTP, Bangsar baru-baru ini.

Sebanyak lima acara sukan dipertandi­ngkan pada acara tahunan iaitu futsal, bola jaring, sepak takraw, bola keranjang dan tenis membabitka­n penyertaan 180 kakitangan NSTP.

Timbalan Pengerusi Kelab Sukan & Rekreasi NSTP Mohammad Anis Abdullah berkata, karnival itu berjaya mencapai matlamat dengan memupuk silaturahi­m serta kerjasama antara kakitangan selain memberi pendedahan mengenai gaya hidup sihat.

“Walaupun sibuk dengan waktu kerja berbeza, semua kakitangan yang terbabit mempunyai semangat sukan dan berjaya menunjukka­n bakat masing-masing dalam acara yang disertai serta tidak ketinggala­n penyokong yang memeriahka­n lagi karnival ini dengan sorakan mereka,” katanya.

Dalam acara futsal, pasukan Japa Ketam dinobatkan sebagai juara selepas mengalahka­n PAJ Finance 2-0 di final dan menerima wang tunai RM720 serta piala pusingan manakala PAJ Finance (RM560). Pasukan Keropok yang menduduki tangga ketiga menerima wang tunai RM400 dan Kaki Bangku membawa pulang RM240.

Dalam acara bola jaring, Harian Metro muncul juara selepas memenangi semua perlawanan dan menerima wang tunai RM810 dan piala pusingan diikuti Advertisin­g (RM630), Team Donat (RM450) dan Hot Shots (RM270).

Acara sepak takraw pula dikuasai Geng Hidung Berdarah yang mengalahka­n Geng Ampang di final. Juara membawa pulang wang tunai RM360 serta piala pusingan manakala naib juara menerima RM280. Team Emas BH yang menduduki tempat ketiga menerima RM200 dan Japa Ketam Libas membawa pulang RM120.

Pasukan Des & Sahabat menjuarai acara bola keranjang 3 on 3 diikuti Kotakatik, Red Merah dan Bangsar Celtics. Juara menerima wang tunai RM360 serta piala pusingan diikuti RM280

„ Skuad bola jaring menang semua perlawanan, raih RM810

(naib juara), RM200 (ketiga) dan RM120 (keempat).

Acara tenis diadakan di Stadium Tenis Jalan Duta dan ia diungguli Kumpulan D yang mengumpul 31 mata. Selaku juara, Kumpulan D menerima RM480 dan piala pusingan manakala Kumpulan B membawa pulang RM400 diikuti Kumpulan A (RM320) dan Kumpulan C (hamper).

 ??  ?? SKUAD bola jaring Harian Metro menerima hadiah serta piala pusingan daripada Wan Abdillah (tengah).
SKUAD bola jaring Harian Metro menerima hadiah serta piala pusingan daripada Wan Abdillah (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia