Harian Metro

Skuasy erat perpaduan Malaysia, Singapura

- Mohd Badlishah Mohd Ali badlishah@hmetro.com.my

Petaling Jaya: Usaha Kelab Sukan SportsUnit­e, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Milo untuk memartabat­kan perpaduan menerusi penganjura­n sukan, diteruskan dengan Karnival Skuasy Perpaduan Kanak Kanak Antara Pasukan 2016 kali ke-6 yang berlangsun­g di gelanggang skuasy Astaka, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Program itu berjaya menggamit penyertaan lebih 100 kanak-kanak dari Malaysia dan Singapura membentuk 18 pasukan dan empat kanak-kanak berbilang kaum dalam setiap pasukan.

Menariknya, konsep perpaduan antarabang­sa itu belum pernah diadakan serta dianjurkan mana mana acara lain sebelum ini.

Kelab Squash Jazz dari Singapura menghantar lebih 30 kanak-kanak berbilang kaum berumur antara lapan hingga 14 tahun pada penyertaan sulung mereka.

Lapan pasukan terbaik menerima pingat dan barangan Milo manakala semua peserta menerima baju-T Milo dan sijil penyertaan.

Pada aksi final, pasukan Morganite yang diwakili Lee Ye Ze, Ryan Dylan, R Reshika dari Malaysia yang bergabung dengan pemain Singapura Namee Lim muncul juara selepas mengalahka­n pasukan Opal yang diwakili Jeffery John Lewis, T Venushana (Malaysia) dan Cheyenne Ma dan Ethan Kwan dari Singapura dengan 3-1.

Pengerusi jawatankua­sa penganjur Mary Ong berkata, program tahunan itu berjaya dianjurkan dengan jayanya selain mencapai objektif program.

“Terima kasih kepada semua yang menjayakan program tahunan ini terutama Kelab Sukan SportsUnit­e serta penaja utama, Milo,” katanya.

 ??  ?? SEBAHAGIAN kanak-kanak ceria pada kemuncak program di Petaling Jaya.
SEBAHAGIAN kanak-kanak ceria pada kemuncak program di Petaling Jaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia