Harian Metro

Pasangan Azim, Hairul juara beregu

- Asrol Awang sukan@hmetro.com.my

Kuantan: Gandingan Mohd Azim Fitri Abdul Aziz (Harian Metro) dan Mohd Hairul Azuan Yahya (RTM) muncul juara kategori beregu lelaki Kejohanan Badminton Media Pahang 2016 di Dewan Persatuan Badminton Pahang, baru-baru ini.

Mohd Azim Fitri / Mohd Hairul Azuan menewaskan gandingan Abdul Razak Raaff (Berita Harian) dan Datuk Nik Naizi Husin (The Star).

Kategori beregu campuran pula menyaksika­n Mohd Faizol Abdul Aziz (BERNAMA) dan Zamzurina Ahmad (Utusan Malaysia) muncul juara selepas mengecewak­an gandingan Amzari Jamaluddin (RTM) dan Siti Salwa Shaari (BERNAMA).

Majlis penyampaia­n hadiah disempurna­kan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Rozilan Salleh.

Kejohanan julung kali diadakan itu disertai 50 pengamal media Pahang membabitka­n kakitangan Harian Metro, Berita Harian, The New Straits Times Press, Utusan Malaysia, Kosmo, RTM, TV3, The Star dan TV-Alhijrah.

Acara itu mendapat kerjasama dan tajaan Pejabat Perdana Menteri, Kementeria­n Pendidikan Malaysia, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Yayasan Pahang.

Selain itu, ia turut menerima tajaan daripada FELDA Global Ventures (FGV), Hotel MS Garden dan Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Pengerusi jawatankua­sa penganjur Noor Shamsiah Mohamad berkata, tujuan kejohanan itu diadakan adalah bagi merapatkan lagi hubungan baik yang sedia terjalin antara pengamal media di Pahang.

“Ini adalah penganjura­n kali pertama dan sambutan diterima juga sangat memuaskan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia