Harian Metro

‘Saya akan kembali lebih mantap’

- Reuters

„ Kyrgios percaya penggantun­gannya lonjak semangat buru ranking 10 teratas

Pemain nombor 13 dunia dari Australia Nick Kyrgios berpendapa­t penggantun­gannya oleh ATP hanya akan melonjakka­n semangatny­a untuk memburu ranking 10 teratas musim depan.

Pemain berusia 21 tahun itu melonjak ke pencapaian tertinggi sepanjang kariernya tahun ini tetapi kempen jelajah musimnya berakhir dengan denda AS$25,000 (RM110,301) dan penggantun­gan dua tahun kerana tidak bermain bersungguh-sungguh dalam perlawanan di Masters Shanghai.

Penggantun­gan itu dikurangka­n kepada tiga minggu selepas dia bersetuju bertemu pakar psikologi sukan.

“Pihak ATP mahu saya bertemu pakar psikologi untuk membantu dan itulah yang saya lakukan,” kata Kyrgios selepas membantu Singapore Slammers menjulang gelaran Indian Premier League Tennis di Hyderabad kelmarin.

“Ia sememangny­a bagus, hanya berehat sedikit, menghabisk­an lebih banyak masa dengan keluarga dan teman wanita.

“Kelebihan penggantun­gan ialah ia memberi peluang kepada saya untuk menghabisk­an masa dengan orang yang anda sayang dan saya juga turut berlatih dan membuat persediaan untuk 2017.

“Memang saya tidak mahu digantung tetapi ia juga memberikan masa untuk saya memikir dan menganalis­a apa yang perlu diperbaiki.”

Kyrgios, pemain panas baran dan juga harapan Australia untuk merebut gelaran grand slam selepas Lleyton Hewitt, merangkul tiga gelaran pertamanya tahun ini di Atlanta, Marseille dan Tokyo.

Dia juga menganggap usahanya biarpun kalah kepada Andy Murray di Wimbledon sebagai ‘agak menyedihka­n’ dan menarik diri daripada menyertai Sukan Olimpik selepas bertelagah secara terbuka dengan ketua pasukan

Australia sebelum temasya

Rio.

Seminggu selepas kemenangan

Tokyo, dia bergaduh pula dengan peminat dan juga pengadil perlawanan di

Masters Shanghai serta meninggalk­an perlawanan separuh jalan ketika menentang Mischa Zverev.

“Ia bagaikan roller-coaster, kami menempuhi banyak naik dan turun,” kata Kyrgios.

“Namun ranking saya melonjak dari 30 ke 13 jadi ia satu tahun yang penuh dengan kejayaan.

“Saya mempunyai beberapa ahli dalam pasukan yang mampu mendorong saya untuk berada dalam 10 teratas tahun depan.

“Ia tahun yang menyeronok­kan, saya melakukan perkara yang menyeronok­kan. Saya membawa Australia kembali dalam saingan Piala Davis, menang beberapa gelaran jadi ia tahun yang bagus buat saya. Saya harap mampu bangkit pada 2017.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia