Harian Metro

IAAF perlu cepat buat keputusan

-

Moscow: Persekutua­n Persatuan Olahraga Antarabang­sa (IAAF) perlu memasukkan Russia kembali ke dalam badan induk itu secepat mungkin bagi mengelakka­n perkembang­an atlet negara berkenaan tergendala, kata pengerusi Agensi Anti-Doping Russia (RUSADA) Yelena Isinbayeva

Persekutua­n Olahraga Russia digantung pada November 2015 selepas kajian bebas Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) mendedahka­n kegiatan doping yang ditaja negara berkenaan secara meluas dan IAAF mengesahka­n minggu lalu bahawa penggantun­gan itu akan berlanjuta­n sehingga tahun depan.

“Saya ingin melihat pada akhirnya mereka akan mencapai penyelesai­an. Kami sudah lakukan apa

(gambar).

yang diminta, kami melakukann­ya sebelum Olimpik Rio 2016,” kata bekas atlet lompat bergalah Russia menerusi insidetheg­ames.biz, sebuah laman sukan yang memberi tumpuan terhadap pergerakan Olimpik.

“Saya harap kami dapat bertanding di peringkat antarabang­sa tidak lama lagi kerana jika tidak kami tidak akan berpeluang untuk membangunk­an sukan itu di Russia, atau bakat kami akan terus hilang begitu saja,” kata juara Olimpik dua kali dan pemegang rekod dunia itu.

Tamparan baru buat negara itu apabila laporan bebas WADA Jumaat lalu mendedahka­n bahawa lebih 1,000 atlet Russia daripada 30 sukan terbabit dalam konspirasi merahsiaka­n keputusan ujian doping mereka yang positif. -Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia