Harian Metro

Mourinho pertahan Fellaini

-

Manchester: Jose Mourinho faham mengapa penyokong Manchester United memberikan sambutan negatif terhadap Marouane Fellaini ketika mereka menang 1-0 ke atas Tottenham Hotspur kelmarin tetapi pengurus berkenaan akan melakukan apa saja untuk melindungi pemain tengah itu.

Fellaini yang memberikan penalti lewat permainan kepada Everton ketika mereka terikat 1-1 pada minggu sebelumnya diejek penyokong di Old Trafford ketika sedang memanaskan badan pada perlawanan kelmarin dan sekali lagi ketika menggantik­an Ander Herrera pada minit terakhir.

“Saya dapat rasakan perasaan itu. Saya menerimany­a kerana daripada pandangan penyokong, anda perlu menerima segala-galanya kerana penyokong sentiasa mahu apa yang mereka inginkan,” kata Mourinho.

“Apa yang penyokong terima ketika ini hanyalah kejujuran, profesiona­lisma dan dedikasi pemain tetapi keputusan yang kami capai tidak memenuhi harapan.

“Mereka masih teringatka­n kesilapan yang dilakukan Marouane di Everton dan tidak lebih daripada itu.”

Fellaini, masuk sebagai pemain gantian dan hanya berada di padang selama empat minit sebelum dia memberikan penalti yang disempurna­kan Leighton Baines.

“Dia seorang pemain dan sebagai individu, saya sukakannya. Itu yang paling penting. Dia sentiasa mendapat kepercayaa­n dan perlindung­an saya,” kata Mourinho.

Selepas berulang kali menjelaska­n bahawa kedudukan United di dalam liga tidak menggambar­kan prestasi pasukan, Mourinho berpandang­an aksi pasukannya cukup menyerlah ketika menang ke atas Tottenham yang menduduki tangga kelima.

United yang seri enam perlawanan dan kalah tiga daripada 15 perlawanan liga, berada di tangga keenam tetapi ketinggala­n 13 mata berbanding pendahulu, Chelsea.

United akan berkunjung ke Crystal Palace yang menduduki tangga ke-15, awal pagi Khamis. -Reuters

„

minit ke-48.

Klopp yang mempertaha­nkan penjaga gol Jerman Karius, 23, itu berkata, beliau tidak tahu sama ada pemain yang dibelinya pada musim panas itu melakukan kesilapan ketika Payet melakukan sepakan percuma memandangk­an beliau hanya melihatnya sepintas lalu.

Namun, pengurus Liverpool itu ternyata tidak gembira apabila pertahanan Liverpool begitu mudah dibolosi Hammers di Anfield.

 ?? Jose Mourinho ?? Mereka masih teringatka­n kesilapan yang dilakukan Marouane di Everton dan tidak lebih daripada itu”
PAYET ORIGI (kanan) jaring gol penyamaan Liverpool.
Jose Mourinho Mereka masih teringatka­n kesilapan yang dilakukan Marouane di Everton dan tidak lebih daripada itu” PAYET ORIGI (kanan) jaring gol penyamaan Liverpool.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia