Harian Metro

Wenger optimis Gunners pesaing utama buru takhta

-

London: Arsene Wenger percaya Arsenal kini berada di landasan tepat untuk memburu gelaran Liga Perdana Inggeris buat kali pertama sejak 2004 dan menegaskan Gunners akan terus memberi tekanan ke atas pendahulu Chelsea menjelang kunjungan ke Everton awal pagi esok.

Arsenal masih belum tewas dalam saingan Liga Perdana Inggeris sejak awal musim ini dan hanya berada seketika di puncak liga hujung minggu lalu sebelum dirampas Chelsea yang menang 1-0 ke atas West Brom untuk mengekalka­n kelebihan tiga mata di depan.

Dengan kunjungan ke kelab tercorot Sunderland awal pagi Khamis, Chelsea perlu mempertaha­nkan tangga teratas menjelang perlawanan minggu depan.

Wenger bagaimanap­un berpuas hati dengan kebangkita­n pasukannya berbanding musim lalu di mana mereka jauh ditinggalk­an Leicester di tangga kedua selepas memberikan cabaran hebat.

“Pada ketika ini kami tiada perbezaan dengan mana-mana pasukan,” kata Wenger.

“Namun, kami tetap berada di sana. Jadi ia sesuatu yang bagus, kami masih bersaing.

“Keputusan kami tidaklah terlalu teruk tahun lalu tetapi kami percaya permainan kami sudah meningkat. Saya percaya kami sudah mencipta keyakinan.”

Wenger tidak dapat menurunkan pemain Jerman Shkodran Mustafi yang terpaksa direhatkan akibat kecederaan hamstring ketika menang 3-1 ke atas Stoke dan keadaan itu pasti melegakan pemain Belgium Romelu Lukaku.

- AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia