Harian Metro

Skuad B-14 atasi cabaran Bangladesh Kevin kesal kemelut Rizal

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

„ Minta pemain, kelab lebih bijak buat keputusan

Lumpur: Biarpun berjaya melepasi ujian pertama pada aksi pembukaan dalam saingan Piala Supermokh 2016, skuad utama Program Pembanguna­n Bolasepak Negara (NFDP) Malaysia Cougars bawah 14 (B-14) tahun beraksi agak pincang dan nyaris dikejutkan pasukan B-14 Bangladesh dalam aksi Kumpulan C semalam.

Pada aksi yang berlangsun­g di padang D Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, skuad kendalian Lim Teong Kim sekadar meraih kemenangan tipis 1-0 biarpun dihujani ‘sedozen’ peluang untuk menjaringk­an gol.

Ketumpulan jentera serangan jelas mengecewak­an kem negara yang turut dikongsi puluhan penyokong tuan rumah yang hadir bagi memberi sokongan.

Menurut penolong jurulatih Malaysia Cougars (B-14), Raja Azlan Shah Raja Soib, corak permainan pasukan pelawat yang begitu agresif mengganggu rentak permainan anak buahnya terutama pada babak pertama.

“Kami agak tertekan pada separuh masa pertama kerana pelawat bermain agak agresif. Namun pada babak kedua, kami bermain lebih mudah dan akhirnya berjaya

Ketua Pegawai Eksekutif Usahasama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) Kevin Ramalingam kecewa dengan kontrovers­i membabitka­n pemain terbaik final Piala Malaysia dari Kedah Mohd Rizal Ghazali yang didakwa memiliki kontrak bersama dua pasukan

(gambar)

berbeza.

Menurut Kevin, biarpun bidang kuasa berkenaan statut pemain terletak sepenuhnya di tangan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), beliau tetap terkilan sekiranya benar pemain pertahanan kanan itu mempunyai dua kontrak seperti yang dilaporkan media.

“FMLLP bukan saja bertindak selaku badan pengelola pertanding­an liga tempatan, malah kami juga dipertangg­ungjawabka­n mendapatka­n gol yang dicari-cari.

“Walaupun kemenangan ini agak tipis, tetapi ia petanda baik bagi pasukan sebelum turun beraksi menentang kelab Jepun, Kawasaki Frontale yang saya percaya lebih mencabar,” katanya kepada Arena Metro, memastikan penswastaa­n berjalan seperti yang dirancang.

“Untuk bergerak ke arah penswastaa­n, pasukan dan pemain perlu merubah tatacara berkerja kepada profesiona­l secara holistik mem babitkan semua perkara.

“Ia termasukla­h soal menandatan­gani kontrak pemain yang saya anggap cukup penting. Jika perkara kontrak dipandang sebelah mata, jangan terkejut ‘penyakit’ (tandatanga­n dua kontrak) ini akan berlanjuta­n sampai bila-bila.

“Bagi mencapai objektif iaitu penswastaa­n, semua pihak perlu bekerjasam­a dengan kami termasukla­h PFAM (Persatuan Pemain Bolasepak Profesiona­l Malaysia), FAM dan semua pasukan untuk memikirkan kaedah terbaik memastikan isu ini tidak berulang.

“Jika benar laporan mengenai Rizal itu, saya memang kecewa kerana dia permata baharu buat negara. Apabila timbul isu ini, pasti ia sedikit sebanyak mengganggu tumpuan pemain itu sendiri,” katanya.

Menerusi

pendedahan semalam.

Dalam aksi itu, Malaysia Cougars (B-14) yang dilatih Teong Kim dipaksa bekerja keras sepanjang perlawanan dan hanya berjaya menemui jaringan pada minit ke-55 menerusi sepakan percuma ketua pasukan, Mohammad Alias. akhbar ini, wira final Piala Malaysia itu mengaku sudah menurunkan tandatanga­n selama semusim untuk kekal bersama Kedah musim depan dan enggan mengulas dakwaan pasukan FELDA United yang menyatakan pemain kebangsaan itu adalah pemain mereka.

Setiausaha Agung FELDA United Zulkarnain Muhammad mengesahka­n Rizal sudah mencapai persetujua­n hitam putih bersama skuad The Fighters yang diperoleh sebelum aksi final Piala Malaysia yang menyaksika­n pemain berusia 24 tahun itu bersetuju mengikat kontrak selama semusim.

Bagaimanap­un, semalam FAM menjawab isu berkenaan dengan menegaskan kemelut itu mampu dileraikan menerusi borang C06 yang seharusnya diperoleh FELDA daripada Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) ketika rundingan berlaku.

“Isu kontrak ini perkara serius. Saya harap selepas ini kelakuan lebih profesiona­l dari pemain bagi mengelakka­n masalah ini berterusan pada setiap musim perpindaha­n pemain,” katanya.

Sementara itu, dalam aksi kumpulan B, juara bertahan Manchester City (England) tewas kepada wakil Korea Selatan, FC Seoul menerusi keputusan 1-4 manakala Buriram United (Thailand) membelasah satu lagi pasukan negara, Malaysia Cougars (B-13) 5-0.

 ??  ??
 ??  ?? PEMAIN Bangladesh Miraj Molla (kanan) menanduk bola ke arah pintu gol Malaysia.
PEMAIN Bangladesh Miraj Molla (kanan) menanduk bola ke arah pintu gol Malaysia.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia