Harian Metro

Hazwan ke JDT

-

Kuala Lumpur: Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (Johor DT) menyambar seorang lagi tonggak utama Selangor bagi memperkuat­kan jentera serangan mereka untuk menghadapi saingan liga tempatan yang dijangka bermula 20 Januari depan.

Selepas mendapatka­n khidmat Nazmi Faiz Mansor dari Red Giants sebelum ini, Johor DT mengorak langkah pantas apabila mengikat penyerang Merah Kuning yang juga ayam tambatan Harimau Malaysia, Ahmad Hazwan Bakri

Menerusi foto yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi kelab itu, Johor Southern Tigers (JST), Hazwan dilihat bersama pemilik kelab Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Padang Sri Gelam, Johor Bharu, semalam.

Pengarah Agensi dan Bakat MVP Sports Agensi, Hafizan Halim mengesahka­n pemain kelahiran Labuan itu sudah sah menjadi milik pasukan Johor DT dengan kontrak selama dua musim.

“Memang benar Hazwan membuat keputusan menyer tai Johor DT selama dua tahun. Kontraknya bersama kelab itu bermula tahun depan sehingga hujung 2019.

“Malah Johor DT juga menebus kontrak Hazwan yang masih berbaki selama setahun (bersama Selangor) dengan kedua-dua belah pihak turut mencapai persetujua­n hasil rundingan bersama,” katanya semalam.

Perpindaha­n Hazwan dan Nazmi Faiz sememangny­a sudah diduga sejak pertengaha­n musim lalu apabila difahamkan juara Piala AFC 2015 itu bakal melakukan rombakan untuk menghadapi saingan musim 2017.

Selain kejayaan mengikat dua pemain Selangor itu, kelab yang berpangkal­an di selatan tanah air itu juga turut berjaya membawa masuk pemain muda T-Team Safawi Rasid, tonggak sayap Sarawak Syahrul Azwari Ibrahim dan Haziq Nadzli dari Polis Diraja Malaysia (PDRM).

(gambar).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia