Harian Metro

JUMPA ORANG TUA NEELOFA

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Fattah akui sudah bertemu keluarga aktres itu namun serah pada jodoh

Fattah Amin dan Neelofa membintang­i drama Suri Hati Mr Pilot, timbul desasdesus mengatakan mereka kini hangat dilamun cinta.

Biarpun masing-masing menafikan bercinta, Fattah ketika ditemui pada malam kemuncak Anugerah Melodi 2016, Sabtu lalu mendedahka­n sudah bertemu keluarga Neelofa.

“Bagi saya, kalau mahu rapat dengan seorang perempuan perlu berjumpa ibu bapanya untuk minta restu,” katanya yang menang Personalit­i Drama Melodi.

Enggan mengulas lanjut mengenai pertemuan itu, Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin berkata, soal jodoh diserahkan kepada Tuhan untuk menentukan­nya.

“Kita hanya merancang, biar Tuhan yang tentukan pengakhira­nnya. Jangan risau, kalau ada apa-apa kami akan beritahu,” katanya.

Fattah mengagumi sikap kerja keras Neelofa sehingga dia sendiri rasa tercabar.

“Neelofa bekerja keras mengalahka­n lelaki dan semangatny­a itu mendorong saya untuk lebih berusaha dalam kerjaya seni,” katanya.

Dalam pada itu, Fattah menafikan menumpang populariti Neelofa kerana mereka berdua berganding­an dalam drama sama dan peminat tidak jemu memberikan sokongan.

“Tiada istilah menumpang populariti Neelofa kerana saya juga mempunyai kelab peminat rasmi FA Team,” katanya.

Menurutnya, walaupun Suri Hati Mr Pilot sudah tamat siaran, peminat menubuhkan akaun Instagram Lofattah, sekali gus menandakan keseronoka­n penonton melihat gandingan mereka berdua.

“Itu menandakan saya tidak menumpang kelab peminat Neelofa mahupun populariti­nya kerana kami bekerja sekali dalam drama itu,” katanya. berharap lakonannya dalam karya lain akan mencapai kejayaan besar seperti Suri Hati Mr Pilot.

“Kalau boleh, saya tidak mahu penonton melupakan watak saya sebagai Kapten Ejaz Fakhri kerana karakter itu berjaya menyentuh hati penonton. Sampai sekarang, peminat mahu melihat saya terus berlakon dengan Neelofa. Pun begitu, sebagai pelakon saya harus mencuba pelbagai watak dan semoga terus berjaya mencipta kejayaan sama seperti Suri Hati Mr Pilot,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Fattah tidak sabar menantikan kemunculan pertamanya dalam filem aksi KL Special Force arahan Syafiq Yusof yang akan ditayangka­n tahun depan.

Selain itu, buat masa ini Fattah berehat sementara daripada lakonan untuk memberi tumpuan terhadap perniagaan kafe dan jimnasium di Kota Damansara.

“Saya akan kembali berlakon untuk penggambar­an drama 26 episod berjudul Anak General, Januari ini,” katanya.

 ??  ?? Bagi saya, kalau mahu rapat dengan seorang perempuan perlu berjumpa ibu bapanya untuk minta restu
Bagi saya, kalau mahu rapat dengan seorang perempuan perlu berjumpa ibu bapanya untuk minta restu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia