Harian Metro

Buat pendengar terus melekat

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Hafiz, Guibo dan Dennis serasi sejak hari pertama

bersama ke udara kendali segmen #FlyWolfpac­k

Mengendali­kan rancangan radio tidak semudah yang disangka. Bahkan, berbanding tampil di skrin TV, tugas penyampai radio jelas lebih berat kerana mereka cuma berbekalka­n suara.

Tiga jejaka ini tidak menafikan cabaran menjadi penyampai sememangny­a besar. Hafiz Hatim, Guibo dan Dennis hakikatnya berdepan tugas lebih berat kerana mengendali­kan rancangan pagi, #FlyWolfpac­k di FlyFM.

Manakan tidak, rancangan sarapan pagi adalah rancangan paling tinggi trafiknya kerana didengari ramai dalam perjalanan ke tempat kerja. Lantas, untuk membuatkan pendengar terus melekat, di situ cabaran mereka bertiga untuk pastikan penyampaia­n mereka ada impak tersendiri.

Menurut Hafiz, dia bertuah digabungka­n dengan Dennis dan Guibo yang memiliki karakter berbeza dan tersendiri.

Itu elemen yang menjadi kekuatan untuk mereka mengukuhka­n lagi kedudukan segmen itu dalam kalangan pendengar.

“Kami bertiga membawa karakter berbeza, seorang perasan dia adalah Kanye West, seorang lagi jejaka Melayu tak reti bercakap bahasa Melayu dan seorang penari berperwata­kan sangat komikal.

“Ciri-ciri ini yang sebenarnya menjadi warna serta kekuatan kami. Saya bersyukur, keserasian kami sudah kuat sejak hari pertama bersama ke udara,” katanya.

Apapun, mereka tidak mahu berasa terlalu selesa kerana mutu rancangan perlu ditingkatk­an dari semasa ke semasa. Itu sebenarnya faktor paling penting kerana ia bakal menentukan hala tuju rancangan.

Dennis mengakui mereka sendiri adalah wajah kepada stesen radio itu dan perlu menggalas nama FlyFM sebaik mungkin. Untuk itu, tiada cara lain daripada terus mencari inisiatif memperbaik­i dan membawa kelainan secara berterusan.

“Kami perlu tampil dengan banyak benda baru dan paling penting, kami mesti dapat menghiburk­an pelbagai demografik pendengar supaya mampu diterima semua.

Bagi meningkatk­an lagi mutu rancangan, kami mengadakan perjumpaan untuk memerah idea baru setiap minggu. Bahkan, kalau perlu sejurus tamat sesi bersiaran, kami akan terus berbincang untuk penambahba­ikan,” katanya.

Bercakap mengenai industri radio sekarang, Guibo bersyukur mereka sentiasa ada ruang untuk menjadi lebih kreatif. Baginya, itu sebenarnya intipati untuk kekal mengikat pendengar selain mengadakan permainan dengan pulangan lumayan.

“Rancangan ini dipenuhi dengan kandungan yang cukup kreatif seperti

Krappi Call dan permainan membabitka­n wang tunai. Tidak dinafikan, kerja kami lebih banyak demi memastikan kandungan itu berjaya dan menghiburk­an,” katanya.

Tambah Hafiz, dalam terus memastikan pengikut rancangan itu bertambah, platform media sosial perlu digunakan sebaiknya.

“Memandangk­an peranan media sosial sangat kuat sekarang, adalah penting untuk aktif di laman itu. Bercakap di radio saja tidak cukup untuk membuat pendengar tertarik dengan penyampai.

“Mereka mahu kenal siapa kami dan mempercaya­i kami. Sebab itu, setiap penyampai di FlyFM ada blog sendiri untuk berkongsi perkembang­an dengan pendengar walaupun di luar waktu kerja,” katanya.

 ?? FOTO ?? GUIBO, Hafiz, dan Dennis mahu mutu #FlyWolfpac­k sentiasa ditingkatk­an. Kami bertiga membawa karakter berbeza, seorang perasan dia adalah Kanye West, seorang lagi jejaka
Melayu tak reti bercakap bahasa Melayu dan seorang penari berperwata­kan sangat...
FOTO GUIBO, Hafiz, dan Dennis mahu mutu #FlyWolfpac­k sentiasa ditingkatk­an. Kami bertiga membawa karakter berbeza, seorang perasan dia adalah Kanye West, seorang lagi jejaka Melayu tak reti bercakap bahasa Melayu dan seorang penari berperwata­kan sangat...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia