Harian Metro

Twinnies tidak menyepi

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Nama kumpulan Twinnies yang dianggotai Atikah dan Atirah sebelum ini pernah menular di laman ‘striming’, YouTube menerusi video nyanyian lagu saduran serta single mereka, You Marah I Love You.

Namun begitu, mereka semakin menyepi selepas kedua-duanya tamat pengajian, sekali gus memberikan komitmen kepada kerjaya masingmasi­ng. Seperkara lagi yang menjadi kekangan apabila mereka menetap di Perlis, namun Twinnies bersyukur dan berterima kasih kepada label yang dinaungi mereka, Suria Records (SRC) kerana sentiasa memahami jadual kerja mereka.

Menurut Atikah, mereka berulang-alik dari Perlis ke Kuala Lumpur setiap satu atau dua minggu sekali.

“Memang penat, tetapi kerana minat dan ada permintaan untuk membuat persembaha­n, kami terima dengan hati terbuka. Terima kasih kepada pihak SRC kerana sentiasa memahami jadual tugas kami. Mereka sangat fleksibel dalam memastikan jadual kami tersusun dan tidak bertindih dengan kerja lain,” katanya.

Terus bercerita mengenai minat mereka yang sangat mendalam dalam bidang nyanyian, kedua-duanya aktif memuat naik video nyanyian mereka di YouTube dan Facebook.

“Alhamdulil­lah, masih ramai mengikuti perkembang­an kami dan ada yang minta kami hadir dengan lagu baru. Disebabkan itu kami masih aktif memuat naik video nyanyian kami di YouTube dan Facebook. Reaksi yang diberikan sangat positif,” katanya.

Bagi Atikah yang kini bertugas sebagai penyampai di Radio Malaysia Perlis, sekali gus menjadi platform buatnya untuk lebih dikenali.

“Walaupun orang lebih mengenali seorang daripada kami, itu tak jadi masalah. Bahkan, sedikit sebanyak orang tertanya-tanya dan ingin berjumpa kami berdua,” katanya.

Terbaru, Twinnies hadir dengan single terbaru yang juga lagu ketiga mereka berjudul Tabahkanla­h.

“Tabahkanla­h adalah ciptaan DJ Fuzz dan Adik daripada kumpulan Viral. Berbeza dengan lagu kami sebelum ini, Tabahkanla­h lebih berentak balada dan harapnya lebih mudah diterima,” katanya.

Selain aktif dalam muzik, Twinnies juga baru-baru ini muncul pada majlis pelancaran projek 1 Pensil anjuran radio THR Gegar. Projek 1 Pensil bertujuan membantu kanak-kanak yang kurang berkemampu­an dan memberi peluang kepada mereka supaya tidak ketinggala­n dalam pelajaran.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia