Harian Metro

Lagu ada irama rap

- DARI MUKA 1

Berkolabor­asi dengan Adik Viral menerusi lagi Ya Rabbi

“Kami serahkan saja kepada DJ Fuzz kerana dia yang mencungkil bakat dua beradik kembar itu, maka tentu dia lebih tahu siapa yang sesuai ditampilka­n dalam Ya Rabbi. Meskipun Inteam sudah lama dalam industri hiburan tanah air, namun ia bukan halangan untuk kami bekerjasam­a dengan orang baru kerana apa jua genre muzik yang dibawa, hala tuju kami tetap sama. Selain untuk berhibur, ia juga bertujuan mendidik masyarakat.

“Kemunculan Adik

Viral dalam single terbaru Inteam juga memenuhi hasrat kami untuk mengumpul peminat baru. Peminat sedia ada yang membesar dengan lagu kami tetap dihargai dan tidak pernah dilupakan, namun kami juga perlu melakukan pembaharua­n.

“Melodi Ya Rabbi sudah lama dirakamkan oleh Rabbani menerusi lagu Intifadah dan Pergi Tak Kembali. Alhamdulil­lah lagu-lagu itu diterima baik peminat. Ya Rabbi adalah percubaan pertama kami dan berharap dapat diterima pendengar. Kami juga sudah bersedia untuk menerima kritikan,” katanya.

Menurut Hazamin, demo asal lagu itu dinyanyika­n Adik Viral dan sememangny­a bagus serta ada kelainan.

“Jalan untuk berdakwah banyak, asal saja liriknya bagus, tidak melalaikan dan terus berpegang teguh kepada niat asal untuk membimbing masyarakat. Saya pasti tidak salah untuk Inteam meneroka melodi baru yang lebih segar dan ‘catchy’. Untuk mendekati golongan muda, kita mesti ikut selera dan cita rasa mereka,” katanya.

Sementara itu, kata Amsyar, ia satu penghormat­an kepadanya apabila dapat bersama Inteam untuk berdakwah menerusi muzik.

“Ketika saya kecil lagi, Inteam sudah menempa nama besar dalam industri nasyid tanah air. Siapa sangka jika dulu ibu saya suka mendengar lagulagu mereka, kini saya dapat berduet dengan mereka. Tiada rasa gerun di hati apabila secara tidak langsung akan terkena tempias imej nasyid pada saya kerana siapa pun kita, setiap orang yang hidup di muka bumi ini ada tanggungja­wab terhadap Allah dan sesama insan.

“Apabila terjalinny­a kerjasama ini, saya bersyukur kerana menjadi insan terpilih untuk mendekati mereka yang memperjuan­gkan agama Allah,” katanya.

Selepas dua minggu lagu itu dimuat naik dalam YouTube, ia berjaya mendapat jumlah tontonan melebihi 24,000. Selain lagunya yang mudah dihayati, klip video Ya Rabbi juga dipersemba­hkan dalam konsep vintaj serta santai berlatarka­n van dan vespa lama, bengkel dan restoran. Lagu itu kini sudah diputarkan di Sinar FM dan IKIM FM.

Tahun ini juga, Hazamin dijemput UNIC untuk bersama-sama menjayakan projek eksklusif iaitu single untuk Ramadan berjudul Kita Da’i terbitan UNICDOTMY PRO. Lagu yang menerima sentuhan komposer Ruby Wahyu dari Indonesia itu dicipta sepenuhnya Bazli UNIC manakala lirik oleh Ahmad Fedtri Yahya.

Artis lain yang terbabit dalam projek itu, Hafiz Hamidun, Suhaimi Saad dan Razin Mestica.

Selain itu, Inteam juga bekerjasam­a dengan Rabbani, Raihan, Hijjaz, Brothers, Saujana, Nowseehear­t, Mestica dan UNIC merakamkan lagu Salawat Burdah. Menariknya single itu juga diterbitka­n dalam bentuk minus one untuk memudahkan setiap kumpulan nasyid terbabit membuat persembaha­n tanpa memerlukan kehadiran semua kumpulan nasyid yang lain.

“Perlu adanya projek seperti ini antara semua kumpulan nasyid sebagai tanda penyatuan dan sokongan,” katanya.

Inteam juga berduet dengan Alif Satar menerusi lagu Jangan Menghina yang turut menampilka­n Nocturnal Voice (tribute Allahyarha­m Ahmadi Hassan). Projek itu diterbitka­n anak Allahyarha­m sendiri sebagai mengenang bapanya itu.

“Tahun depan Inteam merancang untuk mengadakan lebih banyak kolaborasi dengan ramai artis lain dan mungkin kami akan mengeluark­an single baru setiap bulan,” katanya. - Nor Akmar Samudin

 ??  ?? INTEAM bersama Adik Viral.
INTEAM bersama Adik Viral.
 ??  ?? INTEAM rancang banyak projek pada 2017.
INTEAM rancang banyak projek pada 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia