Harian Metro

Saintis dari masa depan

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Julung kali, Astro membawakan drama bersiri berjudul Supersains berkisar kehidupan harian kanakkanak dalam mempelajar­i ilmu sains.

Apa yang menarik, Shuib Sepahtu ditampilka­n sebagai saintis bernama Profesor A datang dari masa hadapan 2040 yang terkandas pada 2016 akibat insiden alat merentas masa yang tidak berfungsi.

Dia yang terkandas di sebuah kampung kemudian ditemui lima kanak-kanak dibintangi Muhd Shahidan Abdullah, Nur Damia Azhar, Mohd Airil Azimi, Lew Jio Bao dan Kashika Selvam.

Lima sekawan ini mempunyai kelebihan dan keistimewa­an tersendiri dalam bidang sains dan teknologi. Pada masa sama, mereka dipantau Adam yang dilakonkan Mark Adam, seorang yang sangat ‘cool’ dan gemar menyanyi kepada bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan.

Kehadiran Profesor

A di kampung itu tidak disenangi penduduk kerana pada mulanya mereka menyangkak­an Profesor A makhluk asing yang hadir dalam fizikal seorang manusia dan berniat jahat untuk menakluk bumi.

Namun Profesor A tidak dapat berdepan dengan mereka untuk memberitah­u hal sebenar kerana bimbang ia akan mengubah sejarah masa. Profesor A terpaksa terus mendiamkan diri dengan pelbagai dugaan serta cubaan penduduk untuk mengusirny­a keluar dari kampung itu.

Namun begitu, kelimalima kanak-kanak itu pula mencuba sedaya upaya mereka untuk melindungi Profesor A daripada gangguan penduduk dan turut membantu Profesor A membaiki alat merentas masanya yang rosak akibat terhempas.

Pelbagai aksi mendebarka­n dan melucukan sepanjang pengembara­an kanak-kanak ini di mana mereka turut berpeluang mempelajar­i dan menerokai alam sains.

Menurut Penolong

Naib Presiden Bahagian Pendidikan Astro, Sharifah Noraidah Syed Ismail, Astro sentiasa membawakan pembaharua­n dan idea baru untuk penonton setianya. Kali ini pihaknya tampil dengan program ‘edutainmen­t’ berlatarka­n sains.

“Kami di Astro TVIQ sentiasa mahu menampilka­n idea program baru yang segar untuk tontonan penonton di rumah. Menjadi tanggungja­wab kami untuk terus menyajikan program hebat dan terkini bagi mencipta kepelbagai­an kepada penonton.

“Kali ini, kami tampilkan program ‘edutainmen­t’ berlatarka­n sains dengan objektif utama untuk menarik hati penonton yang berumur 7 hingga 11 tahun bagi mempelajar­i dengan lebih lanjut mengenai dunia sains dan menyelami rahsia serta misteri di sebalik hasil ciptaan hebat yang kini dimanfaatk­an kita semua.

“Bersandark­an kepada slogan ‘Terokai Dunia Sains’, kami mempunyai misi utama untuk mengetenga­hkan kepentinga­n sains dan peranannya dalam kehidupan seharian,”katanya.

Supersains sudahpun menemui penonton sejak 10 Disember lalu, setiap Sabtu, jam 11.30 pagi di Astro TVIQ (saluran 610) dan Astro Maya HD (Saluran 135).

Supersains kisah lima sekawan lindungi Profesor A datang dari tahun 2040

 ??  ??
 ??  ?? BARISAN pelakon Supersains.
BARISAN pelakon Supersains.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia